22 Februari, 2012

14 Februari, 2012

Antenna for 6 M

Gabungan Antenna Yagi


Salah satu cara untuk menguatkan kadar pancaran dan penerimaan signal radio.

Teknik Mendirikan Tower Antenna

12 Februari, 2012

Yang Dinanti Dah Tiba

Sehari dua ini propagation agak baik.Pada 8 Februari 2012 berkesempatan trigger dari base Station di Kuala Krai ke 9M4RBC(Local Astra Wilayah Tengah) di Genting Highland dengan 9W2KDG,9W2ZLZ , 9W2ENZ dan 9W2HLN QTR 07.00 am dan 7.38 am. Cukup teruja dengan pencapaian ini memandangkan jarak antara station yang menghampiri 400km. Trigger dengan kuasa High power Rig mobile dibantu antenna Folded dipole, kabel RG8 ketinggian 190 kaki dari paras laut. Pencapaian baik ini berulang pada 10 feb 2012 QTR 9.34 am. audio check disambut oleh 9W2ZBV yang mobile di Seri Kembangan dengan penerimaan dalam reability four. 11 Feb 2012 QTR 6.24 am situasi ini berlaku lagi. Tapi sayang tiada rakan menyambut panggilan. Bukan mudah rasanya untuk menikmati saat terbaik ini. Alhamdulillah penantian ini membuahkan hasil. (Sekadar catatan peribadi dan berkongsi maklumat dengan rakan2 Radio Amateur).......

05 Februari, 2012

Salam Maulidul Rasul

Assalamualaikum buat semua. Salam Maulidul rasul diucapkan kepada rakan muslim. Hayatilah perjuangan Rasullah dalam menyebarkan ajaran Islam. Berselawatlah banyak-banyak untuk menghargai jasa-jasa baginda. Semoga Islam terus bersinar di muka bumi Allah ini.........

04 Februari, 2012

CAVITY DAN DUPLEXER


Sejak akhir-akhir ini pengulang atau repeater bercambah bagitu pesat di Kelantan, seolah-olah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Syabas di ucapkan kepada rakan-rakan HAM yang berusaha mendirikan repeater .Ini adalah salah satu cabang bagi meluaskan lagi rangkaian jaringan komunikasi untuk radio amatur .Namun di sebalik keghairahan dalam usaha ini, menjadikan kita terlupa tentang berlakunya gangguan frekuensi dalam radio amatur.

Gangguan yang dapat dikesan adalah pada frekuensi radio amatur sahaja kerana kita monitor pada jaluran ini, tapi pada jaluran lain bagaimana? Seperti pager, di luar jaluran amatur dan lain-lain. Kita tidak tahu kerana kita tidak monitor di sana atau pun tak pernah sama sekali.

Pada pendapat saya cavity adalah pelengkap di dalam pembinaan sebuah pengulang di samping itu duplexer adalah aksesorinya. Mungkin kita terlupa mengenainya tapi yang sebenarnya peralatan ini amat penting dalam pembinaan pengulang untuk mengelakkan daripada berlakunya gangguan frekuensi.

Harga satu set cavity dan duplexer yang telah siap boleh dikatakan agak mahal juga dan untuk membuatnya agak sukar kerana memerlukan sedikit kemahiran di dalam penggunaan peralatan elektronik seperti ossiloscope, signal generator, frekuensi counter dan lain-lain.

Sebenarnya itu tidak menjadi penghalang, pengamal radio amatur boleh membuatnya kerana mottonya adalah ujikaji dan pelaksanaan. Dalam kelompok pengiat radio HAM biasanya terdapat ahli yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan apa salahnya mereka duduk semeja dan berbincang dalam proses membuat sebuah cavity (penapis frekuensi)


Penapis frekuensi (cavity) ialah litar asas sebelum Duplexer dan litar salun ditala dengan lebih tepat supaya dapat membenarkan hanya frekuensi-frekuensi tertentu untuk melepasinya. Pada umumnya, penapis jenis ini lebih dikenali sebagai penapis takik.

Secara fizikal tabung penapis (cavity) adalah sebuah alat resonans dan di dalam satu tabung terdapat gandingan gelung-gelungnya pada input dan output, seperti berikut:



Tabung ini biasanya dibina dalam bentuk silinder, dengan satu paksi yang bertugas sebagai kapasitor boleh ubah.


Gambarajah litar

Dalam gambar rajah di atas satu litar tertala dibentuk oleh L1 and C1 yang mana tabung dan rod paksi yang menjadi kapasitor boleh ubah dalam satu siri LC dan digandingkan denganL2 and C2.

Apa peranan tabung penapis (cavity) boleh lakukan?

Tabung penapis mempunyai dua bahagian:

* untuk membenarkan frekuensi yang diingini
* untuk menolak kesemua frekuensi-frekuensi tidak diingini semaksima mungkin

Tabung penapis biasanya disusun secara bersiri di antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi keberkesanannya di mana frekuensinya menjadi lebih jitu dan dapat mengelak dari mengganggu dan diganggu oleh frekuensi dalam spectrum yang sama di sekitarnya. Ini amat penting apabila pengulang radio amatur berada berhampiran di antara satu sama lain.


Apa itu pendupleks?

Pendupleks ialah satu kelompok penapis dihubung serentak di dalam satu pengulang. Dengan kata lain perkongsian satu antenna dalam satu sistem pengulang. Dua sambungan antena pada satu pengulang boleh berhubung kait di antaranya supaya dapat bekerja pada antenna yang sama, pada frekuensi yang berbeza,

Bolehkah penapis lain digunakan untuk duplexers?


Ya, Penapis Hybrid Ring boleh digunakan untuk tujuan ini, tetapi jarang sekali di gunakan untuk radio amatur.


Rujukan dan diedit daripada 9W2PNH