28 September, 2020

Radio Amatur merentas zaman.....

Assalamualaikum...salam sejahtera. Lama tak update blog ini Password pun ingat-ingat lupa...hahaha. Apa khabar peminat radio amatur? Tahniah bagi yang masih memilih hobi radio dan masih aktif sehingga ke hari ini. Kemana menghilangnya rakan-rakan radio yang dulunya sama-sama mengegarkan ruang udara dengan melontarkan audio sebagai pengerat salitulrahim. Dulu....meriah hobi ini. Repeater banyak didirikan di setiap daerah dan negeri. Tak kurang juga hubungan secara simplex menyerikan lagi hubungan melalui udara. Bagi yang mempunyai gajet yang power boleh menguasai hobi ini serata alam. Bagi yang punya gajet kurang... pancaran sekadar yang terdaya. Nak QSO dengan rakan jauh kena guna repeater. Nak berbual jauh lagi kenalah bertapak di repeater linking. Mmmm seronoknya waktu itu. Pernah bersua rakan lama radio... bertanya khabar tentang hobi ini. Ada yang dah pencen. Radio dah jual atau diberikan kepada peminat baru. Katanya tak larat nak meneruskan hobi ini atas kekangan masa, usia dan tak kurang bersara atas faktor pengalaman pahit yang pernah dilalui. Rupa-rupanya tak ramai yang mampu bertahan lama dengan hobi ini...Yang dah jadi 'lanun' pun ada...hahaha. Biarlah....minat masing-masing kan. Perkembangan teknologi juga mungkin melesukan hobi ini... Macam-macam ada aplikasi yang seakan-akan mengambil alih peranan radio amatur yang gah suatu ketika dahulu. Zello, Virtual walkie talkie, Whatapps, telegram, messenger dan banyak lagi memudahkan hubungan. Banyak komuniti berasaskan aplikasi ini wujud di alam maya. Ahhh di situ rupanya mereka. Mereka selesa di situ katanya.... Apapun keistimewaan radio amatur tetap mengagumkan saya. Kini saya masih tetap di samping radio kesayangan dan tetap onkan radio setiap hari walaupun tiada audio amatur yang kedengaran. Kenangan banjir 2014 menyebabkan hobi ini tetap terpahat di hati. Sehingga bila saya pun tak pasti...