20 November, 2011

Doaku.......

Aku cinta kepada orang-orang yang soleh, walaupun aku bukan daripada kalangan mereka. Semoga dengan kasih ku kepada mereka, aku akan mendapat syafaat mereka di akhirat kelak. Aku benci kepada mereka yang jadikan maksiat kehidupannya, walaupun aku & mereka sama. Dalam maksiat & dosa, Aku cinta padaMu Ya Allah, Mengakui keesaan & keagunganMu, Namun diriku terlalu keras untuk mentaatimu, Ampunilah dosaku Ya Allah.. Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...AMIN..."

15 November, 2011

Ekspedisi Ziarah Nenek 13 November 2011



Krew yang bersama-sama kepuncak 9m4RBP ...9w2nuf,9w2pns ,9w2rcz, 9w2pwb, 9w2hhf, 9w2bew dan harmonic.
Pusara Nenek

9w2RCZ sedang membetulkan repeater

Pak Long (9w2pwb) atas pokok

Repeater 9m4RBP yang banyak berjasa kepada rakan-rakan ham

07 Oktober, 2011

NOTIS R.A.E SIRI 2_2011


PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2011
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

RAE 2011-2

Tarikh Peperiksaan: 15 Disember 2011 jam 2.00 petang

Tarikh Tutup Permohonan: 28 Oktober 2011 jam 5.00 petang

Wilayah Peperisaan: Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak

Tatacara Permohonan
Sila tulis “RAE 2011-2” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda.
Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya.
Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak. Jumlah calon adalah terhad.
Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.

Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Alamat Ibu pejabat SKMM adalah:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(u/p: Cik Ida Khairuniah Idris)

Syarat Kelayakan Memohon
Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
• Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
• Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM sebagaimana kawasan anda.


05 Oktober, 2011

Takziah .

Takziah kepada abe Pin 9w2FNE dan keluarga kerana XYL beliau telah kembali keRahmatullah pada 5 Oktober 2011 jam 10.00 pagi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.Alfatihah

29 September, 2011

Komunikasi Radio Karnival Kokurikulum JPN Kelantan . 21 September 2011



Putera puteri SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai sedang mendengar taklimat daripada 9W2PNS sebelum komunikasi berlangsung antara SMKSYP 1 dengan Pengawal Rangkaian di tapak Karnival Kokurikulum JPN Kelantan di Kota Bharu.

Radio Auroral Events

Complex Propagation Modes

Propagation Mode

14 September, 2011

Antenna Jalopy

Alang-alang mandi biar basah...
Alang-alang main radio biar antenna power....huhuhu..

Antenna

Powerkah antenna ini???

Peralatan Sokongan Untuk Antenna

Nama peralatan ni, saya tak pasti. Tapi kalau ada benda ni rasanya mudah nak buat antenna.

06 September, 2011

Spectrum Analyzer

DC Regulator Power Suply


Bagi yang berkemampuan ..... gunakan peralatan yang lebih canggih agar pancaran lebih memuaskan..

27 Ogos, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya 9W2PNS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakan dan umat Islam dimana jua anda berada. Kepada semua rakan yang jauh di perantauan tu.... memandulah secara berhemah... dan berhati-hati........ Ingatlah tujuan pulang ke kampung. Tak perlu belumba di jalan raya. Semoga selamat sampai ke kampung halaman..


19 Ogos, 2011

Lakit Dalam Kenangan

Pilu dan sendu apabila diberitahu oleh rakan dari GM 9w2DOS Pak Anis bahawa Perkhidmatan Repeater Lakit dihentikan mulai 17 Ogos bersamaan 17 Ramadhan 1432H. Frekuensi Lakit dipindahkan ke Bukit Gelugor. Banyak kenangan sebenarnya berkaitan dengan Lakit. Seingat aku.... 2007 Lakitlah penghubung utama rakan-rakan yang mobile di Lebuh Raya Gua Musang - Kuala Krai. Laluan sejauh 120 km ini sememangnya membutuhkan alat komunikasi yang mampu menghubungkan semua semasa kecemasan. Maka kerjasama semua rakan Radio Amatur yang diterajui ARECTMJ ketika itu telah berjaya mendirikan sebuah repeater yang berkuasa tinggi di puncak bukit Lakit. Rakan-rakan yang mobile di laluan GM-KK terasa lebih 'selamat' . Jika berlaku sebarang musaqah yang tidak diingini, maka dengan segera rakan-rakan HAM mengetahuinya dan dengan segera juga ke lokasi kejadian untuk membantu.
Jangkauan pancaran Repeater Lakit memang jauh. Terletak di lokasi bukit tinggi dan window yang strategik, Lakit mampu memancarkan signalnya sehingga ke Temerloh Pahang dan Dungun, Trengganu. Ini terbukti semasa check net sahur, rakan-rakan dari Temerloh (Abg Rizal) dan Kak Niza (Dungun) mampu memancar ke Lakit. Tidak lupa rakan-rakan lokalan dari hilir selalu mengunjungi Lakit. Rakan-rakan HAM dari Jeli, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Besut dapat trigger ke Lakit dengan 5W dengan menggunakan antenna base. Rakan yang mobile juga dapat memancar sehingga ke Kok Lanas atau Ketereh.
Aku masih ingat lagi, pada tahun 2008 aku pernah memancar di Kem Kijang menggunakan antenna V24 setinggi 20 kaki ke Lakit. Itulah kehebatan Lakit yang memberikan pancaran perkhidmatannya ke serata alam. Aku juga mengenali rakan Ham Gua Musang atau rakan-rakan luar lokalan Kuala Krai berbantukan repeater Lakit. Selain Lakit, komunikasi lain tidak dapat diharapkan kerana liputan telefon selular ketika itu amat lemah dan terhad.
(Bersambung).....

16 Ogos, 2011

Untuk Umat Islam

Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan:

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ika n buatan Orang Cina
> 3.. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
> 6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady's Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M'SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know......... I have checked.. It's true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

14 Ogos, 2011

Selagi Kita Bergelar Manusia....

Selagi kita bernama manusia kita tidak dapat lari dari masalah yg mendatang...saya yakin setiap yang bergelar manusia pasti mempunyai masalah..dan adakalanya masalah itu seperti tidak akan abes dan tiada penghujungnya...Itulah kehidupan...Di saat ini masalah terus mendatang,dugaan dan cabaran menimpa...bagaimana harus ditangani masalah dugaan dan cabaran yang melanda ini...adakah masalah ini perlu ditangani...di biarkan begitu sahaja atau betul-betul kena hadapinya..jika terus terusan memikirkan masalah yang melanda boleh hilang kewarasan akal dan ketenangan di jiwa...jadi apakah perlu masalah itu diletakkan dulu di dalam kotak kemudian ketepikan sementara waktu hingga keadaan menjadi tenang..hati dan jiwa juga tenang baru kita selesaikan masalah?adakah itu jalan penyelesaian yang baik?Ya Allah tunjukkanlah hamba mu jalan penyelesaian..hanya kepada Mu hamba memohon...

Selagi kita bernama manusia juga tidak akan terlepas dari kemarahan orang tohmahan dan fitnah...malah adakala mereka menghukum tanpa usul periksa...menghukum tanpa mengetahui fakta sebenar...apa yang harus kita lakukan dalam keadaan begini?jika ada difitnah ditohmah dengan sgala macam tuduhan apa yang akan anda lakukan?kerana disaat ini diri kebingungan memikirkan adakah mahu diterangkan perkara yang sebenar kepada si penuduh segala macam tuduhan yang tak berasas..jika apa yang dikatakan itu benar tiadalah hati ini terguris walau sedikit pun...namun apa yang dilemparkan terlalu jauh menyimpang dari kenyataan asal...dan tidaklah hati ini terguris andai yang melempar tuduhan itu bukan dari kaum kerabatnya...hati ini terguris kerana tuduhan yang dilemparkan adalah dari kerabat sendiri yang tidak mengetahui letak duduk sebenar...hatta tidak pernah megenali diriku secara dekat..saya menyanyangi kerabat ini namun megapa tergamak dia melemparkan tuduhan tnpa usul periksa...jika anda di tempat saya apa yang akan anda lakukan?

Bagaimana ingin saya selesaikan segala kekalutan ini?Ya Allah kuatkan semangat ku..tabahkan hatiku..tunjukkan jalan kebenarannya Ya Allah...bantulah kami menghadapi kehidupan yang penuh dugaan ini

13 Ogos, 2011

Sikap Pendiam, Peramah, atau Banyak cakap?


Anda seorang yang pendiam, peramah, atau banyak mulut?

Penting sangat ke nak kena tahu? Ya, bagi saya perlu tahu pada label manakah kita berada. Supaya kita tahu sejauh mana kita menjaga amanah Allah ini.

Dalam kalangan keluarga, saya dilabelkan sebagai seorang yang pendiam. Biasanya, saya membiarkan orang lain yang bercakap dan saya hanya mendengar, dan menjawab apabila ditanya.

Tetapi apabila sudah dilabelkan begitu, saya terfikir, bagaimana nak mendekati mad'u kalau saya ni terus-terusan menjadi pendiam dan tak banyak cakap. Lalu saya cuba memaksa diri berubah, menjadi sedikit peramah, cuba menunjukkan minat untuk berkenalan dengan orang-orang yang baru dikenali; dan berbual dengan orang sekeliling, berubah daripada sifat kebiasaan yang dulu.

Ternyata perubahan itu membuahkan hasil yang menggembirakan. Bukan gembira kerana dikenali ramai, tapi kita rasa gembira dan puas hati dapat menjadikan orang lain selesa dengan kita. Dan sudah tentu dapat mewujudkan jaringan kenalan yang lebih ramai. Siapa yang tidak suka kalau kita sentiasa beramah mesra dan selalu ambil berat terhadap orang lain? Dan saya fikir semua itu adalah ciri-ciri permulaan yang baik untuk menarik mad'u.

Tapi macam mana dengan mereka yang terlalu peramah, atau senang cerita, banyak cakap?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam..."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadikan hadis ini sebagai panduan yang mudah. Kalau kita memang jenis peramah, lontarkan kata-kata yang baik. Awasi setiap kata-kata kita supaya apa yang keluar daripada mulut kita bukanlah suatu umpatan, cacian, ejekan, gurauan yang berlebihan dan sebagainya. Kalau rasa selalu saja terbabas, didiklah diri supaya berhenti bercakap dan diam pada perkara yang tidak sepatutnya diucapkan.

Tapi susah kan nak berhenti kalau dah terbiasa? Betul. Berubah dari buruk kepada baik memang susah, akan sentiasa ada ujian dan halangan, lebih-lebih lagi perkara mazmumah itu sudah biasa dilakukan. Mujahadah yang sangat kuat memang diperlukan. Insya Allah dalam kepayahan itu ada ganjarannya.

Sama ada anda seorang pendiam, peramah atau banyak cakap, sentiasa awasi kata-kata anda . Andai anda pendiam orangnya, pastikan diam anda adalah zikir dan bukannya takut menyatakan kebenaran. Andainya anda peramah orangnya, gunakan keramahan itu untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada orang lain. Andainya anda suka bercakap, sentiasa ingatkan diri supaya tekan brake pada tempat yang betul dan lontarkan kata-kata yang baik sahaja.

Mulut itu memang mudah berbuat dosa andai tuannya tidak pandai mengendalikannya dengan baik. Ingatlah, melalui percakapan, dakwah dapat disampaikan. Melalui percakapan juga catatan dosa bisa tertulis dalam buku amalan. Pilihlah yang mana satu yang anda mahu.

07 Ogos, 2011

sejarah negeri kelantan

Negeri Kelantan yang mempunyai seni budaya tradisional yang unik ini juga mempunyai sejarah persinggahsanaan yang menarik. Diriwayatkan dalam tahun 1411M (814H) di Kelantan, terdapat seorang Raja yang beragama Islam bernama Raja Kumar. Tetapi sehingga kini ahli-ahli sejarah masih belum dapat mengesani daripada manakah asalnya Raja Kumar ini. Walau bagaimanapun baginda Raja Kumar telah menjalinkan hubungan muhibbah dengan Maharaja China, dan sebaliknya dalam tahun 1412M, baginda Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain-kain sutera dan surat kepujian daripada Maharaja China itu.

Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Kelantan diperintah pula oleh Putera Baginda Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur, nama Kelantan telah menjadi masyhur sehingga ke negeri Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M, Sultan Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yang menarik, iaitu baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dengan Puteri Sultan Mansur yang bernama Onang Kening, yang kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yang pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun Puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkam menjadi Permaisuri Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Sultan pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).

Raja Omar adalah adinda kepada Raja Loyor yang sebelum itu telah bergelar Temenggong Sultan Omar mempunyai lima orang putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Raja Omar mangkat pada 1721M (1132H), Baginda Long Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak puteri sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar adalah putera Raja Petani (Wan Daim) yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahndanya dan berkahwin dengan Raja Pah Puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Long Sulaiman (Wan Anom Long Nik) anak Long Bahar dengan Raja Perempuan Patani bergelar Mas Kelantan mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Getting yang memerintah di Legeh. Pada 1756M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta dan akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda.

Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat di tangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhamad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletuskan peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Deraman dengan Long Gaffar, putera kepada Raja Reman di Hulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M, Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan Kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. bagi mengenang jasa Long Gaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka baginda Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Baginda Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan negeri Kelantan yang banyak itu dengan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.