04 Februari, 2012

CAVITY DAN DUPLEXER


Sejak akhir-akhir ini pengulang atau repeater bercambah bagitu pesat di Kelantan, seolah-olah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Syabas di ucapkan kepada rakan-rakan HAM yang berusaha mendirikan repeater .Ini adalah salah satu cabang bagi meluaskan lagi rangkaian jaringan komunikasi untuk radio amatur .Namun di sebalik keghairahan dalam usaha ini, menjadikan kita terlupa tentang berlakunya gangguan frekuensi dalam radio amatur.

Gangguan yang dapat dikesan adalah pada frekuensi radio amatur sahaja kerana kita monitor pada jaluran ini, tapi pada jaluran lain bagaimana? Seperti pager, di luar jaluran amatur dan lain-lain. Kita tidak tahu kerana kita tidak monitor di sana atau pun tak pernah sama sekali.

Pada pendapat saya cavity adalah pelengkap di dalam pembinaan sebuah pengulang di samping itu duplexer adalah aksesorinya. Mungkin kita terlupa mengenainya tapi yang sebenarnya peralatan ini amat penting dalam pembinaan pengulang untuk mengelakkan daripada berlakunya gangguan frekuensi.

Harga satu set cavity dan duplexer yang telah siap boleh dikatakan agak mahal juga dan untuk membuatnya agak sukar kerana memerlukan sedikit kemahiran di dalam penggunaan peralatan elektronik seperti ossiloscope, signal generator, frekuensi counter dan lain-lain.

Sebenarnya itu tidak menjadi penghalang, pengamal radio amatur boleh membuatnya kerana mottonya adalah ujikaji dan pelaksanaan. Dalam kelompok pengiat radio HAM biasanya terdapat ahli yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan apa salahnya mereka duduk semeja dan berbincang dalam proses membuat sebuah cavity (penapis frekuensi)


Penapis frekuensi (cavity) ialah litar asas sebelum Duplexer dan litar salun ditala dengan lebih tepat supaya dapat membenarkan hanya frekuensi-frekuensi tertentu untuk melepasinya. Pada umumnya, penapis jenis ini lebih dikenali sebagai penapis takik.

Secara fizikal tabung penapis (cavity) adalah sebuah alat resonans dan di dalam satu tabung terdapat gandingan gelung-gelungnya pada input dan output, seperti berikut:



Tabung ini biasanya dibina dalam bentuk silinder, dengan satu paksi yang bertugas sebagai kapasitor boleh ubah.


Gambarajah litar

Dalam gambar rajah di atas satu litar tertala dibentuk oleh L1 and C1 yang mana tabung dan rod paksi yang menjadi kapasitor boleh ubah dalam satu siri LC dan digandingkan denganL2 and C2.

Apa peranan tabung penapis (cavity) boleh lakukan?

Tabung penapis mempunyai dua bahagian:

* untuk membenarkan frekuensi yang diingini
* untuk menolak kesemua frekuensi-frekuensi tidak diingini semaksima mungkin

Tabung penapis biasanya disusun secara bersiri di antara satu sama lain bagi meningkatkan lagi keberkesanannya di mana frekuensinya menjadi lebih jitu dan dapat mengelak dari mengganggu dan diganggu oleh frekuensi dalam spectrum yang sama di sekitarnya. Ini amat penting apabila pengulang radio amatur berada berhampiran di antara satu sama lain.


Apa itu pendupleks?

Pendupleks ialah satu kelompok penapis dihubung serentak di dalam satu pengulang. Dengan kata lain perkongsian satu antenna dalam satu sistem pengulang. Dua sambungan antena pada satu pengulang boleh berhubung kait di antaranya supaya dapat bekerja pada antenna yang sama, pada frekuensi yang berbeza,

Bolehkah penapis lain digunakan untuk duplexers?


Ya, Penapis Hybrid Ring boleh digunakan untuk tujuan ini, tetapi jarang sekali di gunakan untuk radio amatur.


Rujukan dan diedit daripada 9W2PNH

Tiada ulasan: