27 Disember, 2009

Radio Amatur

Berikut sedikit sebanyak ringkasan radio amatur bagi sesiapa yang berminat,
radio amatur adalah merupakan satu sistem jaringan komunikasi yang menggunakan frekuensi FM (144.00Mhz hingga 148.00Mhz) radio biasa kita hanya (88.00 hingga 108.00Mhz) sahaja.

Radio ini adalah merupakan hobi yang unik kerana melalui hobi ini kita dapat berkawan dan mengenali rakan daripada segenap lapisan masyarakat, doktor, peguam, kerabat diraja, maupun orang kerja kampung, selain itu hobi ini perlu upacara angkat sumpah di mahkamah..untuk dapat lesen. dan ia amat berguna didalam kes kes kecemasan kerana kos pengendalian yg amat murah dan jarak perhubungan adalah amat jauh. Gelombang yang dipancarkan akan dipantulkan di ionosphere udara kita dan dipantulkan ke merata rata tempat. Oleh itu, jika kita sesat didalam hutan atau mengalami masalah kemalangan jalanraya di kawasan hutan, ia boleh membantu kita meminta pertolongan. Ini berbeza dengan handset yang memerlukan menara pemancar berdekatan untuk buat perhubungan, jika dalam hutan atau lebuh raya timur barat? camna nak mintak tolong kan..
lagi satu, semasa kita berkonvoi atau mengembara beramai ramai, takkan lah kita nak pinjam atau sewa walkie talkie orang. Jika kita ada set sendiri, perjalanan akan lebih mudah disamping itu kita sentiasa boleh berhubung bila bila masa sahaja. Angkat PTT, tekan dan terus sembang, sampai bateri kereta habis hehehehe, takder bil punya....

Untuk menjadi pengendali radio ini, (pengendali dipanggil HAM radio) kita perlu mempunyai AA atau lessen. .Nak dapat lesen kena lulus RAE (Peperiksaan Radio Amatur). Biasanya RAE diadakan dua kali setahun. Kalau nak lulus RAE kenalah belajar tatacara pengendalian radio dan sedikit tentang elektronik. Mmmmm jangan bimbanglah.. tak sukar kalau kita rajin membaca atau menghadiri kelas RAE. Rakan-rakan lama memang sedia membantu. Dalam internetpun banyak ilmu tentang radio amatur ni…
XYL kawan aku pun hanya baca nota di rumah pun boleh lulus…
Jika anda lulus ujian, anda akan dianugerahkan callsign. Ada 2 callsign iaitu untuk lesen B (9W2) dan lesen A (9M2). .Untuk dapatkan lesen A, kita perlu jalani ujian kod morse. Setiap orang berbeza callsign .

Simplex adalah salah satu untuk berkomunikasi antara point ke point (radio ke radio) .Frekuensi simplex amatur VHF bermula di V16 hingga V69 (145.200 mhz hingga 147.585 mhz). Setiap rakan HAM sepatutnya ada frekuensi ini di handy atau rig mereka. Setiap lokaliti biasanya ada frekuensi simplex dia sendiri. Simplex adalah komunikasi mengikut kekuatan pancaran radio yang dihantar melalui anttena . Jika kita memancarkan gelombang dengan kekuatan 50 watt menggunakan antenna kereta, jarak perhubungan dapat menjangkau lebih kurang 30 kilometer atau lebih , ini juga bergantung kepada tinggi rendah anntena kereta kita. (sesuai untuk kita konvoi). Jika kita menggunakan antenna base di rumah kita jangkauan pancaran adalah lebih jauh, mungkin sehingga beratus-ratus kilometer bergantung kepada db antenna, ketinggian dan kuasa pancaran. Saya sendiri pernah memancar dari kuala krai dengan rakan di Temerloh, Kuala Trengganu , Sungai Petani, Alor Star, Pattani dan Narathiwat secara simplex. Sungguh menakjubkan dan menyeronokkan!!!

Jika kita menggunakan repeater(pancar ulang), ia boleh menjangkau lebih jauh sehingga ke medan, narathiwat, pulau bangkahulu atau paling jauh pulau phuket ke utara dan acheh di barat. Juga bergantung kepada repeater yang digunakan. . Kebanyakkan repeater terletak di tempat yang tinggi dan menjangkau sehingga beribu-ribu meter dari paras laut. Lagi tinggi lagi power pancarannya.. Bayangkan dengan menggunakan handy yang dipancarkan ke repeater kita boleh QSO berbual dengan rakan yang jauh.. Repeater inilah yang banyak membantu kes kes kecemasan tak kira anda di dalam hutan atau di lautan selat melaka.

Dari segi set pula, banyak jenis set yang ada. ada 3 kategori set nih...
Handy / Mobile / Portable.

Handy yang macam set tangan tuh tapi ada antenna kontot
Mobile mcm saya punya (dlm kereta)
Portable , digunakan di rumah jer.

Sapa sapa yg jumpa kereta ada callsign 9W2 tu, orang tu adalah ham radio. Satu lagi pengenalan ialah, kebanyakan kereta yang ada radio ni, diorang ada anttena yang panjang di kereta dan di belakang kereta ada callsign. kalau tadak callsign tu, tadak lesen lah tu...

ok mungkin rakan yang lain boleh sambung penerangan ini. Jumpa lagi 73.

12 ulasan:

gaga berkata...

Salam...Saya nak tanya, kebanyakan radio yang saya tengok di pasaran seperti baofeng frekunsi dia adalah 400 - 480. sedangkan tuan ada bagi tahu yang radio amatur ini mengunakan frekuensi 144 - 148. Kalau saya ada baofeng berfrekuensi 400 - 480 ini, dan ingin sertai radio amatur, adakah saya tidak lagi boleh menggunaka set saya ini?

Apix berkata...

erm susah sikit.Jenis uhf tu dia ada smpai 16 channel.Jika orang guna channel yg sama boleh la awak berhubung.Awak beli yg dual band la yg ada uhf dgn vhf dapatlah recieve dua dua sekali.Kalau sekarang tu hanya utk kegunaan kerja sahaja sebenarnya bukan untuk amatur

Tanpa Nama berkata...

Salam...Saya nak tanya, kebanyakan radio yang saya tengok di pasaran seperti baofeng frekunsi dia adalah 400 - 480. sedangkan tuan ada bagi tahu yang radio amatur ini mengunakan frekuensi 144 - 148. Kalau saya ada baofeng berfrekuensi 400 - 480 ini, dan ingin sertai radio amatur, adakah saya tidak lagi boleh menggunaka set saya ini?


---> salam tumpang tanya.. baofeng frekunsi dia adalah 400 - 480 perlukan lesen jugak ke? banyak jual di lazada.. x sure lah nk kena ada lesen kalau nk guna jenis ni..

Unknown berkata...

Assalamu alaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya sebelum buat pertanyaan pada pihak tuan-tuan yang lebih faham berkenaan radio amatur . Ok. Nama saya : Suhaili Bin Sapali umur 32 Dan saya berasal dari pada ranau. Ok. Minggu lepas saya ada beli walkie talkie@handy dan sekarang masih dalam peroses untuk mendapatkan lesen radio amatur. Kira-kira bolehkah saya join mana-mana channel radio amatur sebelum mengikuti ujian peperiksaan...???

Unknown berkata...

assalamualaikum saya nak bertanya tentang walkie talkie yang saya beli perlu ke untuk didaftar. kalau kena daftar kat mana sebab saya berada di manjung perak. saya beli untuk kegunaan menjadi nelayan kalau ada kecemasan boleh berhubung dan berbual dengan yang ada group.

Unknown berkata...

Dia ikut jenis frekuensi uhf atau vhf kalau uhf tidak perlu lesen kalau vhf memang kena ambil rae

Unknown berkata...

Masuk chanel boleh kalau x de lesen dinasihatkan jangan cakap

Unknown berkata...

X perlu kalau uhf hanya vhf sahaja

Uhf Ultra high frekuensi
Vhf Very High frekuensi

Unknown berkata...

Kalau dual band boleh x silap saya uhf dengan vhf

Unknown berkata...

Selalunya Baofeng yang model 888s. 999s. 777s. 666s. Bolwh setting dekat pc atau laptop
Siap boleh tukar uhf kw vhf

ChiL berkata...

Baofeng UV-5r etc dpt dual channel, VHF & UHF...yg xda lesen boleh dengar saja(monitor) tapi xboleh cakap..nak setup pakai CHIRP software & FTDI cable

Tanpa Nama berkata...

Dia masalah Rakan mahu pun Rakan Ade handy atau rig dengan frequency UHF 400-480 ini pun boleh guna di AMATUR kerana dia radio AMATUR Ade U jugak tak V jer ok kalau dalam radio berminat belajar salam dari saya DE 9M2KZI-KANG ZUL IPOH