05 Mei, 2018

PENGULANG / REPEATER

Anda boleh mempelajari sifat-sifat frekuensi, iaitu cara ia bergerak. Ianya amat bebeza antara FM dengan AM. Pengulang adalah suatu peranti sebagai perantara di antara dua stesyen untuk berkomunikasi atau QSO walau pun pada jarak yang jauh. Pengulang biasanya digunakan bagi FM mode, ini disebabkan sifat frekuensinya bergerak dalam keadaan mendatar. Dengan kata lain komunikasi yang berkesan dapat berlaku dalam keadaan saling nampak diantara hujung antena pemancar dengan hujung antena penerima. Perlu diingatkan bentuk bumi kita adalah spera, pada jarak lebih kurang 300 meter akan berlaku lengkungan bumi. Buktinya anda dapat bayangkan sendiri terhadap bangunan tinggi kenapa pada jarak tertentu iannya tidak dapat di lihat. contoh kedua cuba anda berada di tepi pantai dan perhatikan pada ufuk lautan, tidakkah terdapat satu garisan lengkung dan tidak bergaris lurus. Kesimpulannya pengulang biasanya di dirikan di tempat yang tinggi dengan ini frekuensinya dapat meliputi kawasan yang lebih luas. Walau pun anda hanya menggunakan handy sahaja, frekuensi yang anda pancar akan di terima oleh pengulang dibahagian penerima dan audio anda akan dihantar ke bahagian pemancar pada pengulang tersebut dengan frekuensi yang lebih tinggi nilainya.