22 November, 2015

Sumber Kuasa Untuk Mengecas Bateri Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik..


Assalamualaikum, salam sejahtera. Posting kali ini saya berkaitan dengan cara mengecas bateri semasa ketiadaan bekalan elektrik.  Semasa banjir besar  seperti yang berlaku di Kuala Krai pada Disember 2014, bekalan elektrik telah diputuskan oleh TNB kerana boleh membahayakan  nyawa. Ramai yang  menggunakan lilin sebagai sumber cahaya pada malam hari. Saya bernasib baik kerana saya ada  sebuah bateri kereta yang selalu  dicas penuh (disambung sepenuh masa dengan transformer untuk mengecas bateri). Bateri ini saya gunakan untuk Rig mobile di base saya. Dengan bateri inilah saya sambungkan dengan  lampu LED untuk menerangi rumah pada malam hari. Tetapi masalahnya dalam keadaan banjir yang berlaku  agak lama, kekurangan kuasa pasti berlaku. Saya fikir cara terbaik bolehlah kita gunakan alternator kereta  yang disambungkan dengan alat pengayuh basikal untuk menghasilkan tenaga elektrik.  Walaupun menggunakan tenaga manusia untuk mengerakkan alternator tersebut, sekurang-kurangnya dapatlah menghasilkan tenaga untuk mengecas bateri. Sumber tenaga amat bermakna semasa berlakunya  bencana. Daripada tiada langsung, lebih baik ada walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya  dapat digunakan untuk menghidupkan lampu dan handy talkie (radio amatur) untuk menghantar isyarat berita  kepada  pihak berkuasa  atau pihak NGO yang ingin memasuki kawasan bencana  untuk menghantar bantuan makanan dsb.

Grounding System


24 Oktober, 2015

Antenna for 40M - Delta Mono Loop


Aku Masih Ada


Assalamualaikum. Rasa agak lama juga saya tak update blog ini. Setahun lebih saya tinggalkan  blog. Sebab apa tak update? Banyak sebab yang menyebabkan saya seolah-olah lupakan blog. Kalau diikutkan masa nak update blog memang ada. Mungkin saya tak manage masa dengan betul sampai tak sempat nak update blog ni. Sebelum ini saya hanya sempat dengan aktiviti Facebook. Update blog  rasa tak bersemangat . Perasaan rindu nak kembali berblog  itu memang ada. Tetapi dipendamkan sahaja.

Kenapa tiba-tiba hari ni boleh update blog.....

Entah saya pun pelik kenapa tiba-tiba terasa nak update blog pula. Sebenarnya sekarang ini masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Mungkin disebabkan boring menghadap media sosial yang lain  ini. Jadi, terlintas pula nak update blog. Jadi, wujudlah artikel yang serba ringkas ini.
Disebabkan lama tak buka blog, banyak benda baru wujud dalam blogspot ini. Malas nak bercoleteh panjang. Sebenarnya akibat banjir besar di Kuala Krai...saya jadi lupa akan password blog ini...Fikir punya fikir nasib baik  teringat semula PW tu. Maka dapatlah saya manage  blog ini semula selepas  setahun lapan hari ditinggalkan.  Banyak juga yang nak kena buat, maklumlah ibarat rumah lama yang ditinggalkan, kena kemaskan apa yang berselerak, berdebu, menebas lalang  dll... Terima kasih yang sudi baca. Janji saya kepada diri saya.... Jagalah radio, jangan sampai sampai tengelam untuk kali kedua...