21 Februari, 2013
RENUNGAN UNTUKKU,UNTUKMU DAN UNTUK SEMUA,,
Bismillahirrahmanirrahim…
Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum,
Jangan membuat orang menangis.
Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, Jangan menghancurkan orang lain.
Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.
Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.
Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.
" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."
.....KADANG KADANG dalam hidup ini :
Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.
Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.
Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.
Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang miskin mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.
Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.
Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.
BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan2 dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.
Hidup mesti diteruskan !!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan