16 Jun, 2011

Suasana di Dewan Peperiksaan RAE 2011/1

Semoga semua berjaya....

MENCARI KEREDHAAN ALLAH...


Kita adalah hamba yang lemah.. Ya Allah, dalam setiap detik hembusan nafas adalah milikMu. Dalam setiap langkah merentasi waktu yang singkat ini adalah milikMu. Dalam setiap bicara patah lidah yang pendek, dalam setiap perkiraan akal yang dangkal.. sesungguhnya semuanya adalah pinjamanMU... Ya Allah.. Pilihlah aku sebagai hambaMu yang tahu bersyukur....

Sekadar Peringatan Untuk diri sendiri.......

Salam..,


Bercakap pasal hati. Hasad dengki, iri hati, fikirkan perkara buruk, suka bertelangah, berburuk sangka, itu tak betul, ini tak betul (namun tidak pula cuba membantu membetulkan keadaan) dan bermacam lagi kerenah manusia di sekelilingku ini. Entahlah rasanya dulu tak lah begitu buruk dan ketara.. mungkin akhir zaman.. akhir hayat.. (umur makin meningkat, makin meningkat pula dosa yang sengaja dibuat)

Ada seketul darah beku yang hitam dalam hati. Jerat dan sangkar syaitan durjana sentiasa mengetuk hati, mewujudkan kepulan awan-awan durjana, yang mengelilingi hati-hati manusia yang mudah terlupa pada kebesaran Allah. Ikatan persaudaraan sesama Islam kelihatan begitu rapuh, menanti waktu retak seribu dek keegoan dan rasa ke'aku' an. Apalah sangat memilih untuk berbalah, menyuarakan isi hati yang "tidak berapa bijak" atau dangkal kerana terlalu ikutkan landasan nafsu, bukan akal yang rasional.

Saya percaya, akal yang rasional terletak pada hati yang bersih dan luhur. Keihklasan dalam melakukan setiap perkara, bertunjangkan niat 'Lillahi ta'ala" adalah kunci segalanya. Namun tipu helah syaitan terlalu licik menipu daya hati dan akal kita, yang lemah iman ini. Berhati-hatilah! Kerana kita akan dipertanggung jawabkan atas apa saja kata-kata, perbuatan, bisikan yang dilakukan di dunia ini. Apatah lagi menyakiti dan menzalimi orang lain, memutuskan persaudaraan, menyukarkan ikatan ukhuwwah dengan masalah yang remeh temeh. Subhanallah... jika di muhasabah "Adakah aku berdosa? Adakah amalanku diterima Allah? Adakah Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita terdahulu?" amat menakutkan..

Berzikirlah, mengajilah, membacalah, hati yang tawadduk adalah anugerah Allah.. tidak kiralah siapa kita, orang berilmu atau kurang ilmu, sesungguhnya ketenangan, hati yang lapang, adalah rezeki anugerah Allah, yang tidak semua orang boleh mengecapinya, andainya dia tidak cuba untuk mencarinya... andainya hatinya masih dibelenggu dengan rantaian buruk sangka dan iri hati, bersama siulan lunak sang syaitan yang direjam .. Na'uzubillah..

01 Jun, 2011

Selamat Pengantin Baru 9W2HHF


30 Mei 2011 Majlis Ijab Kabul disempurnakan oleh 9W2UZA di Masjid Kg Rahmat Padang Sembilan, Kuala Krai. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke anak cucu.