08 April, 2011

NOTIS R.A.E SIRI 1_2011


PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI PERTAMA TAHUN 2011
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut:

RAE 2011-1

Tarikh Peperiksaan: 15 Jun 2011

Tarikh Tutup Permohonan: 29 April 2011

Wilayah Peperisaan: Tengah, Utara, Selatan, Timur

Tatacara Permohonan
Sila tulis “RAE 2011-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda.
Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM 50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman / Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” serta dikepilkan bersama borang permohonannya.
Permohonan yang dihantar melalui kaedah-kaedah pembayaran yang lain akan ditolak. Jumlah calon adalah terhad.
Keutamaan akan diberi kepada permohonan awal yang diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi SKMM dan melalui pos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari peperiksaan dilangsungkan.

Sila hubungi Cik Ida Khairuniah (+6 03 86 88 82 65) untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.
Alamat Ibu pejabat SKMM adalah:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
(u/p: Cik Ida Khairuniah Idris)

Syarat Kelayakan Memohon
Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
• Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
• Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat-pejabat SKMM dan laman web rasmi SKMM di www.skmm.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM sebagaimana kawasan anda.

Maklumat dan Keterangan serta Borang Permohonan boleh didapati menerusi laman SKMM.