31 Januari, 2011

4X5 Element 25 Ohm Yagi



Basic J Pole



Plot Yagi 7 Element



Antena Yagi 7 Element



KEPUTUSAN R.A.E SIRI 4_2010 BELUM DIKELUARKAN


MAKLUMAN PENTING!!!!!
SKMM BELUM LAGI MENGELUARKAN KEPUTUSAN RASMI RAE SIRI 4-2010. ADA PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TELAH MENGELUARKANNYA DAN PIHAK SKMM MEMANDANG SERIUS TENTANG PERKARA INI YANG TELAH MENGELIRUKAN SEMUA PIHAK.
KEPUTUSAN RASMI AKAN DIKELUARKAN SECARA RASMI PADA AWAL FEBRUARI NANTI. SEBARANG KEMUSYHKILAN, SILA HUBUNGI PIHAK SKMM SECARA TERUS DI TALIAN 03-86888000

22 Januari, 2011

Nak Cari Mekanik Tersohor


Assalamualaikum. Ada ke sesiapa yang kenal pomen atau mekanik yang hebat repair enjin Subaru E10. Van saya ni dah tersadai hampir 2 tahun akibat penangan mekanik nasi kerabu. Mekanik tu mengaku pandai repair dan kondem mekanik lain. Katanya payah nak cari mekanik yang boleh repair enjin jenis ini. At last semua komponen dalam ditukar tapi masih belum hidup seeerti asal.( Masa belum repair rasanya lebih baik daripada selepas repair). Akibat frust aku sadai je kat depan rumah. Sekarang rasanya nak hidupkan balik. Road tax tetap dibayar walaupun van tak dapat jalan.


16 Januari, 2011

Ground Loss



Balun



Salam Untuk Semua.....

Antenna Yagi beraksi diudara

Lama tak update blog ini. Ramai rakan bertanya mengapa tak update. Sebenarnya di awal tahun ni, saya begitu sibuk dengan tugasan. Jadi tak sempat nak masukkan bahan dalam blog. Di harap rakan-rakan bersabar. Rupa-rupanya ada juga peminat blog ini (huhuhu...perasan) Insya Allah untuk tak menghampakan rakan-rakan kali ini dipaparkan beberapa bahan untuk tatapan bersama....

10 Januari, 2011

Gunakan kesempatan yang ada

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga. ♥♥

Bersyukurlah dengan apa yang ada seadanya....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

05 Januari, 2011

Paras Air Di Tangga Krai



Jam 4.00 petang bacaan paras air di Tangga Krai 19.18 meter di bawah paras berjaga-jaga. Paras berjaga-jaga 20.00 meter dan paras bahaya 25.00 meter.

Antik..

Gambar Kenangan yang Masih dalam Ingatan

Macam-macam Cara Merempit....


Terlalu Menjaga Badan?

Terlalu Sihat.....Membawa Padah...



Jagalah diri anda. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada makanan.

Ketahuilah Jumlah Kalori Dalam Makanan Anda