29 September, 2010
CBOX Backup
28 Sep 10, 05:08
9W2PNS: >ffdf. ubahlah sikap anda. Janganlah jadi seorang pendengki. Allah melihat apa yang anda lakukan. Marilah kita berjumpa di daratan dengan bersaksikan al-Quran untuk membetulkan tuduhan anda.
28 Sep 10, 05:04
9W2PNS: >pp rakan-rakan K.krai Alhamdulillah semua sihat belaka. Pembetulan....repeater Astra K.Krai menggunakan callsign 9M4RDE. Sila rujuk dgn MCMC untuk penjelasan lanjut.
28 Sep 10, 01:35
ffdf: tahniah atas puak kita dapat repeater baru,tak kena bayar cuma kutip duit jah nak wat naik bukit mana tak tau lagi ,naik rumah pok nik lah,tak kena blanja besar,brg pok nik ada blako dah
28 Sep 10, 09:21
pp: apa khabar rakan2 kuala krai terutama yang memantau di 9M4LBG
28 Sep 10, 04:58
9w2jjl: askum rakan2 k.krai semua,semoga sihat2 blako
28 Sep 10, 04:57
9w2jjl: askum rakan2 k.krai....semoga sihat2 blako
27 Sep 10, 11:40
kk: salam monitor n memantau 73
27 Sep 10, 10:12
pp: pak nik kawe sokong tindakan demo kalu perhebatkan pendedahan tu demi kebaikan rakan ham semua
27 Sep 10, 10:10
pp: fdff kawe rasa puak2 demo yang berpuok2
27 Sep 10, 09:58
pp: fdff demo main radio lagu mane hok tu pun tok tahu
27 Sep 10, 06:16
9W2PNS: Salam untuk semua. Lama tak update blog ini.
25 Sep 10, 02:03
9W2EEI: salam ziarah..,
23 Sep 10, 08:15
Pozi Bck: Sabar paknik dgn tuduhan mrk. Klau anda dipihak bnr anda tak perlu risau. Kita knal sgt2 mrk2 yg suka menjahati org laen.AKRAB yg x akrab malah memutarblit fakta.
23 Sep 10, 02:36
9W2PNS: >fdff Tuduhan anda akan diadili Allah di Akhirat nanti. Insya Allah.
22 Sep 10, 10:23
fdff: 9w2ddi tu ore demo jugok,sajo wak kaca nok jatuh hok sebeloh,panda puak2 demo belakon
22 Sep 10, 10:21
fdff: hiduk la denge hidupe kabur mato ore
22 Sep 10, 10:20
fdff: ade ke repeater 9m4lbg,nak tanyo mcmc eh,pelik biaso nyo kalu legel di papar lesen dio,tengok lesen cikit
22 Sep 10, 01:51
xxp: lama x ziarah.. apa khaba rakan2 di k.krai...73
21 Sep 10, 06:55
9W2PNS: Selamat menduduki UPSR umtuk anak-anak didik...Semoga berjaya dan dipermudahkan Ilahi,
19 Sep 10, 06:48
M'at perak Ai: Syabas poknik...pendedahan yg hebat.Kami di sini mengikuti pkembgn ham sluruh m'sia. Di mana saje berlaku hal sebegini. So u sabo je la.
18 Sep 10, 03:11
9w2pns: Selamat hari raya poksey. Semoga Allah merahmati anda dan rakan-rakan
18 Sep 10, 02:51
poksey kkrai: slmt hari raya blako hok baca blog ni
16 Sep 10, 10:13
9w2pns: waalaikumsalam... Selamat hari raya abe kie...saya jarang2 memancar sekarang ni..maklumlah setiap patah perkataan yang dilafaz ditafsir secara negatif wal hal kita tak de niat nak pekenakan orang.
16 Sep 10, 02:36
9 double U 2 JK ai: Ass'kum. Lama tak dengar kabar. Sihat ko? Kita panggil kot jalur tak jawab mungkin qrl. Ok salam aidilfitri ke enam. Zaki
15 Sep 10, 11:44
9w2pns: Assalamualaikum. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua pengunjung.. Lama tak update blog ini... InsyaAllah saya akan cuba muatkan dengan perkara yang bermanfaat untuk semua......
10 Sep 10, 11:13
9w2yed: slamat hari raya buat pok nik sekeluarga x lupa jga untuk semua rakan2 Ham,maaf zahir dan batin..
6 Sep 10, 12:11
hhf: sebenarnya sabotaj dari kita nak pekena pada akrab tapi x tau plk org yg dengar blako ada dok monitar.kenapa kamu allah jadikan manusia alangkah baiknya allah jadikan kamu haiwan.kalau stakat anjing
6 Sep 10, 12:07
NMI>9w2pns: Semakan Menduduki RAE Siri Ke-2 2010 (RAE2010-3) di www.skmm.gov.my @ http://rae.skmm.gov.my/semak_2010_3.asp
6 Sep 10, 12:06
NMI>9w2pns: SELAMAT HARIRAYA kepada Anda Sekeluarga....
6 Sep 10, 12:48
9w2pns: Terima kasih atas informasi anda NMI. Salam Aidilfitri kepada semua...
5 Sep 10, 10:24
NMI: Eyeball Raya (Raya Ke-3) dirumah 9W2ARP-Abg Arman Lat/Long : 5 56'45.84" N dan 102 24'50.76"E
26 Ogos 10, 01:53
9W2PNS: Terima kasih kepada anda XXXXX. Allah tahu apa yang kita lakukan....semoga tidak bercanggah dengan alquran dan as-sunnah Rasullah. Allahhuakhbar....
25 Ogos 10, 10:16
PakNik: Salam, dapatkan Ebook percuma - 40 panduan buat wang http://mudah.digital-niaga.biz/
25 Ogos 10, 04:51
xxxxxxxx: pandai ckp jah lain x tau.stakak jaga sek hhf
27 September, 2010
List Repeater Terkini ASTRA di Kelantan dan Trengganu
Repeater Bukit Marak 9WV347 145.6750-600 Tone 103.5
Repeater Bukit Panau 9M4RBP 145.7375-600 Tone 85.4
Repeater Kuala Krai 9M4RDE 146.8750-600 Tone 85.4
Repeater Jeli 9M4RDB 146.7750-600 Tone 85.4
Repeater G Musang 9M4RDF 146.8125-600 Tone 85.4
Repeater Bukit Bubuh 9M4RAC 146.6875-600 Tone 85.4
Terima Kasih Atas kerja sama
9w2dts
Pengerusi ASTRA Timur
73
18 September, 2010
Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih
bukan aku jenis yang sombong tapi buat apa nak paksa orang melakukan benda yang tidak disukai..lebih baik berdiam diri dari memaksa...sekiranya hati dah bersedia untuk menerima dan mengambil jalan penyelesaian..haruslah aku menadah tangan tanda kesyukuran atas doa yang dimakbulkan itu....
hati kecil ini sering berkata-kata "napa semua ini terjadi",,,"napa semua ini berlaku pada diri aku" mungkin ALLAH nak tunjuk kepada aku bahawa tak semua benda yang kte hendak kite akan dapat...dan jangan sesekali memendam perasaan dendam pada sesiapa....setelah apa yang berlaku..sedikit benci,dendam tidak pernah aku simpan dalam hati..kerana aku yakin apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan ALLAH nak mengajar aku erti sabar...Kesabaran yang tidak pernah ada dalam diri aku,,kesabaran yang makin lama makin jauh aku buang...Kesabaran yang mampu membimbing umatnya...hanya kesabaran aku mampu menanganinya...
"Syukur alhamdulilah..I LOVE U ALLAH"
sebak didada masih lagi berbaki hingga kan tak tau macamne nak redakannya...walauapa pun yang berlaku...aku nak minta maaf pada semua yang pernah terasa hati dengan aku dan kepada sesiapa yang cuba untuk mempecahbelahkan hubungan aku dengan mana-mana pihak pun..aku terima..mungkin ada yang cemburu dan tak suke aku berbaik-baik dengan pihak-pihak tertentu...aku terima dengan rela hati...tetapi hubungan antara islam masih lagi ada sampai bila-bila kerana kita umatnya..kite amanahnya....
Maafkan aku kalau aku tak mampu berterus terang melafazkannya....kerana aku tak mahu menambahkan lagi kekeruhan yang ada,,,cukuplah kekeruhan yang aku alami selama ini...itu sudah cukup memadai bagi insan dan hambanya yang hina ini...
* Sekiranya Manusia Sibuk Bersembang Biar Dirimu Sibuk Berdoa Kepada Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Bertikam Lidah Biar Dirimu Sibuk Menanam Ukhuwah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Tidak Beradab, Biar Dirimu Sibuk Berakhlak Beradab.
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencontohi Barat Biar Dirimu Sibuk Mencontohi Rasulullah Pemimpin Umat,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencaci Biar Dirimi Sibuk Menasihati,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menfitnah Biar Dirimu Sibuk Zikrullah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpat Biar Dirimu Sibuk Bicara Manfaat,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencelah Biar Dirimu Sibuk Menjaga Maruah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menghukum Bidaah Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Bergaduh, Biar Dirimu Menyatukan Utk Berpadu,
* Sekiranya Manusia Sibuk Di Perhambakan Biar Dirimu Sibuk Jadi Hamba Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Membesarkan Pemimpinnya Biar Dirimu Sibuk Membesarkan Allah.
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Mengaut Harta Biar Dirimu Sibuk Mengaut Redha Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Bercinta Sesamanya Biar Dirimu Sibuk Mencintai Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Bermunajat Pada Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Agendanya Biar Dirimu Sibuk Merancang Dana Bertemu Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Saham Dunia Biar Dirimu Sibuk Dgn Saham Akhirah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Produk Diciptanya Biar Dirimu Fikirkan Yg Maha Mencipta,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Istana Rumahnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Syurga Istana Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Masa Awal Ke Tempat Kerja Biar Dirimu Sibuk Menjaga Waktu Sembahyang Fardhu Yg Lima.
* Sekiranya Manusia Sibuk Menghadiri Majlis Kenamaan Biar Dirimu Sibuk Menghadiri Majlis Ilmuan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Keramaian Biar Dirimu Sibuk Dgn Persiapan Bertemu Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpul Harta Biar Dirimu Sibuk Mengumpul Pahala,
* Sekiranya Manusia Sibuk Membersihkan Luaran Badan Biar Dirimu Sibuk Menyucikan Kerohanian.
* Sekiranya Manusia Sibuk Membeli Belah, Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah Di Rumah Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Pandangan Manusia Biar Dirimu Sibuk Menjaga Pandangan Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Fikir Balik Kampung Halaman Biar Dirimu Sibuk Fikir Pulang Kerahmat Tuhan,
* Sekiranya manusia Sibuk Dengan Persiapan Aidil Fitri Biar Dirimu Sibuk Dengan Persiapan Bekalan Mati
* Sekiranya Manusia Sibuk Memuja Kecantikan Biar Dirimu Sibuk Memuji Keindahan Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Banglonya Biar Dirimu Sibuk Ulang Alik Ke Rumah Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengidolakan Pemain Bola Biar Dirimu Sibuk Beridolakan Rasulullah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Hati Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Menjaga Hubunganmu Dgn Allah.
Ikhwahku,
“ Sekiranya manusia itu sibuk melakukan hal-hal yang tidak berfaedah yang tidak dilakukannya kerana mencapai redha dan ganjaran di sisi Allah,
nescaya apa yang dilakukannya itu tiada nilai disisi Allah,
Sebaliknya sekiranya manusia menyibukkan dirinya untuk melakukan sesuatu perkara yang baik pada pandangan syariat
Seperti ia ingin menyibukkan dirinya mencari keredhaan Allah dalam hal apa sahaja yang dilakukannya,
Maka ia ada nilai di sisi Allah dan bakal mendapat ganjaran di sisi Allah "
Sahabatku,
“ Rasanya tiada apa yang perlu kita sibukkan di dunia,
Melainkan kesibukan itu hanyalah layak untuk Allah S.W.T sahaja”
Ikhlas dariku buatmu yang bergelar sahabat mahupun ikhwahku !
Peringatan Untuk Semua
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dgn manusia namun masih ramai lagi manusia yg lalai dan leka. Berkata anas bin malik r.a.,
"sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."
1.wahai anak adam! Berjalan di atas perutku. Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak
2.engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku
3.engkau ketawa d'atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis d'dalam perutku
4.engkau bergembira d'atas belakang ku, tetapi ingatlah!engkau akan bersedih d'dalam perutku
5.engkau mengumpul harta d'atas belakangku, tetapi ingat! Engkau tidak akan memilik walau secebis harta d'dalam perutku
6.engkau makan benda yang haram d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan d'makan oleh ulat dalam perutku
7.engkau angkuh d'atas d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku
8.engkau berlari dgn riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina
9.engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
10.engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku
Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini.
Ia datang tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
Saya bukan sengaja lari, tetapi ingin menjaga hati
Agar sama2 menjaga diri, untuk hidup bahagia selepas mati
Saya tidak mahu melukakan siapa2
Juga taknak menimbulkan permusuhan
Andainya ajal menjemput terlebih awal
Harap tiada dendam yang berpanjangan
Andai bertemu jodoh, bertemu kita satu hari nanti
Andai tiada kesempatan, moga bertemu kita di syurga yang abadi
16 September, 2010
04 September, 2010
Mutiara Kata
Tak kenal maka tak cinta....
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.
Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi 'St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا Ù…Øمد وعلى آله واصØابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak
Kemuliaan Rasulallah
"JANGAN dekati Muhammad! Dia itu orang gila. Dia itu pembohong. Dia itu tukang sihir. Bila kamu dekatinya kamu akan dipengaruhinya." Begitu kata seorang pengemis Yahudi yang buta tiap hari bila ada orang mendekatinya, di sudut pasar Madinah.
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW menemuinya dengan membawa makanan. Tanpa sepatah kata pun, Rasulullah suapkan makanan ke mulut pengemis itu, dengan tidak diketahui siapa penyuapnya, iaitu orang yang dimaki hamunnya setiap hari.
Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah beliau wafat, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, isteri Rasul itu. "Timah.. Ada ke lagi kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?"
"Ayah!" Jawab Aisyah, anaknya. "Ayah adalah seorang yang mengikut apa yang Nabi buat (ahli sunnah). Hampir tidak ada lagi kebiasaan yang belum ayah buat, kecuali satu sahaja..."
“Apa dia?" tanya Abubakar, terkejut kerana merasa sudah tahu semua kebiasaan Nabi.
"Setiap pagi Rasulullah pergi ke ujung pasar membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana..." Jelas Aisyah.
Esoknya Abubakar RA pergi ke pasar membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar jumpa pengemis itu lalu berikan makanan kepadanya. Ketika Abubakar mulai suapkan, pengemis itu mengherdik marah,"Siapa kamu ha?"
"Aku orang yang seperti biasa.." Jawab Abu Bakar.
"Tidak. Kau bukan orang biasa yang datang kepadaku." bantah pengemis itu. "Bila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang. Tidak susah mulut ini mengunyah. Dia menyuapku, tetapi lebih dulu dihaluskan makanan, baru diberi.."
Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis.
"Memang, aku bukan orang yang selalu datang padamu itu. Aku adalah salah seorang dari kawannya." Abu Bakar menjelaskan. "Sebenarnya, orang yang mulia itu telah tiada. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW!"
Pengemis itu pula terkejut. Dia pula menangis, seolah-olah tidak percaya, "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya.. memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia terus menemuiku membawa makanan setiap pagi. Oh, beliau begitu mulia.... "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar masa itu juga. Dan sejak hari itu, dia menjadi Muslim. (dikutip dari EraMuslim)
Sungguh, jika akulah orang itu, pasti aku terasa kecil hati dan kecewa. Namun, Rasulallah S.A.W begitu penyayang dan sabar. Betapa mulianya Baginda. Ya ALLAH, kurniakanlah makam tertinggi buat Baginda S.A.W, keluarga baginda dan para sahabat-sahabat baginda, serta muliakanlah umatnya ya ALLAH.