31 Mei, 2010

Millatfacebook Cabar Facebook

2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com , awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam. “Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/

p/s: inilah yang kita inginkan. professional-professional muslim ini mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dalam membela islam tercinta.

tahniah kepada professional pakistan.

buat professional malaysia, semoga usaha mereka ini mampu membuka mata kita utk sentiasa kreatif dalam mengajak manusia kpd Allah (daie ila Llah)~Open Your Eyes~

Menegur Secara Berhemah dan Berhikmah....

Cara yang terbaik untuk menegur sahabat anda adalah dengan cara yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W. Sekiranya kita ingin menegur sahabat yang melakukan kesalahan, tegurlah dengan berhemah dan berhikmah. Bersemukalah dengan mereka dengan cara yang sepatutnya agar segala kekusutan dapat diselesaikan dengan bijaksana dan dapat diterima dengan sebaiknya. Mulakan teguran dengan berselawat dan tegur dengan cara yang manis dan matang tanpa perasaan yang emosional. Juga janganlah menghentam mereka apabila anda pula ditegur kerana seseorang yang suka menghentam seseorang adalah seseorang yang diulit sifat hasad dalam diri. Apapun, sekiranya dia terus menghentam anda, biarkan dia terus dengan emosinya dan ketidakmatangannya itu. Mengalah adalah jalan yang terbaik kerana ianya adalah sifat seorang pemimpin. Untuk menjadi pemimpin yang hebat dan matang sama ada sebagai ketua keluarga atau masyarakat, tidak dapat tidak kita perlu menanam sifat mengalah dalam diri terhadap perkara-perkara yang remeh sebegini. Fikirkan dan renungkan…

30 Mei, 2010

Sahabat

1. "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" (Al-Hujurat: 49: 10)

2. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah: 9: 71)

3. "Seorang mukmin bagi sesama mukmin adalah seumpama sebuah bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lainnya. Perumpamaan orang-orang mukmin dalam sikap mereka berkasih sayang dan saling cinta mencintai adalah seumpama satu tubuh, apabila salah satu anggota daripadanya menderita, maka seluruh tubuh turut menderita dengan rasa demam dan tidak dapat tidur." (hadith sahih)

4. "Wahai orang-orang yang beriman...dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong-menolong untuk melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan..." (Al-Maaidah: 5: 2)

5. "Tolonglah saudaramu yang zalim (menganiaya) atau dianiaya. Ditanya, "Ya Rasulullah, aku dapat menolongnya jika dia dianiaya dan bagaimana aku akan menolongnya jika dia menganiaya?" Jawab Nabi s.a.w. "Engkau mencegah dan menahannya daripada menganiaya, itulah erti menolong kepadanya." (HR. Ahmad dan Bukhari)

6. "Seorang mukmin yang bergaul dengan orang dan sabar atas gangguan mereka, lebih pahalanya dari orang-orang mukmin yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar atas gangguan mereka." (HR. Ahmad)

7. "Orang yang menunjukkan (mengajak) kepada kebaikan itu bagaikan yang berbuat (sama dengan yang berbuat)." (HR. Al-Bazzar)

8. "Siapa yang mengajak kepada kebaikan, petunjuk, maka ia mendapat sebanyak pahala yang mengikutinya hingga hari kiamat, tidak mengurangi dari pahala mereka sedikit pun dan siapa yang mengajak kepada kesesatan (kejahatan) dia mendapat dosa sebanyak dosa yang mengikutinya hingga hari kiamat tidak mengurangi dosa mereka sedikit pun."

Marilah kita semua mengambil ibrah, cantumkan dengan diri kita sebagai pejuang agama Allah, sebagai sahabat kepada sahabat kita dan lain2 peranan kita, insyaAllah.

Quran dan Keajaibannya...

AL QURAN DAN KAITANNYA DENGAN NOMBOR ATOM DAN ISOTOP BAGI BESI

Terdapat banyak rujukan tentang besi yang boleh didapati daripada al Quran. Antaranya ialah:

25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid: 25)

Perkataan “inzal” di dalam Quran biasanya digunakan untuk menerangkan suatu perbuatan turunnya sesuatu dari langit. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah celcius. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.Penemuan astronomi moden telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Oleh sebab itulah kita mendapati perkataan “ inzal” digunakan untuk menerangkan situasi ini.

Al Quran juga turut menerangkan keajaiban daripada sudut matematik. Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!

1.Nilai matematikal bagi perkataan “ hadiid”(besi) ialah 26.

Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 26

2. Ayat yang menerangkan tentang besi ini ialah ayat ke-25 di dalam surah al Hadiid. Jika kita mengira bilangan ayat bermula daripada Basmalah di awal surah ke ayat tersebut, maka ia adalah ayat yang ke-26.

3. Nama Allah yang disebut di dalam surah ini sebanyak 26 kali sehingga ayat yang ke-25 tersebut.

4. Perkataan al Hadiid yang bermaksud “ besi itu” atau “the iron” mempunyai nilai matematikal 57. Dalam kaedah bahasa Arab, perkataan yang mempunyai awaln “Al” menyatakan sesuatu itu dengan lebih spesifik. 57 adalah nilai salah satu isotop besi.

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 57

5. Surah al Hadid adalah surah yang ke-57 dalam al Quran.

6. Jika dibilang dari belakang, bilangan surah ini adalah surah yang ke-58. 58 juga adalah salah satu isotop bagi besi.

7. Surah ini mempunyai ayat sebanyak 29.Bilangan ayatnya akan menjadi 30 jika Basmalah turut dikira. Nombor 30 adalah sama dengan bilangan neutron 2 isotop ini. Bilangan perkataan Allah dalam surah ini pula sama dengan bilangan neutron bagi 2 isotop yang lain.

TIPS MENGHAFAZ AL QURAN

Sebelum menghafaz

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz
2. Memilih waktu dan tempat yang sesuai untuk menghafaz.
3. Berada dalam keadaan tenang.
4. Kosongkan fikiran sebelum menghafaz.
5. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
6. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafaz.

Teknik Menghafaz

A. Teknik Memecah-mecahkan

1. Memecah-mecahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memecah-memecahkan selembar muka surat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memecah-mecahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memecah-mecahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut maqra’, surah, hizib, cerita dan sebagainya.
5. Memecah-mecahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang

1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafaznya.
2. Membaca ayat yang telah dihafaz berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafaz setiap setengah muka surat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafaz satu muka surat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafaz bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat

1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau muka surat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafaz Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh surah Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafaz, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafaz beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafaz ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an.

F. Teknik Merakamkan Suara

1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafazan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafaznya.

G. Teknik Menulis

1. Tulis kembali muka surat yang telah dihafaz.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal muka surat, atau setiap maqra’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik Menghafaz Sebelum Tidur

1. Membaca atau menghafaz beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisinya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau maqra’, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafaz. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

I. Teknik Peta Minda

1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu maqra'. Tulis ayat pertama maqra' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau maqra'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi maqra'.

Mengekalkan Hafazan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyakkan berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
5. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
6. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk.
7. Makan makanan yang baik seperti madu dan kismis.

10 Mei, 2010

Menipu Dalam Peperiksaan – Berbaloikah Kejayaan Begitu?

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Asyik-asyik peperiksaan. Awal-awal tahun dah tulis tentang peperiksaan. Huh… Mengerikan peperiksaan ini.

Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Betulkan Syia?. Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.

Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar dibawah. Pelbagai teknik digunakan untuk meniru. (Lihat pada anak panah dan bulatan merah)


Berbaloikah kecemerlangan begini?

Seseorang yang menipu atau meniru dalam peperiksaan akan merasai berbaloi atau tidak tindakan yang dilakukanya itu apabila menempuhi dunia pekerjaan. Dunia sebenar kehidupan.

Waktu itu mereka akan lihat bertapa kesungguhan adalah lebih penting dari cemerlang. Tetapi adalah lebih baik kecemerlangan yang diperolehi dari kesungguhan usaha adalah yang terbaik.

Mereka melihat sahabat yang hanya dapat keputusan cukup makan untuk graduate lebih dahulu mendapat kerja yang menjamin masa depan dimana mereka masih lagi melompat-lompat mencari pekerjaan dikala usia makin meningkat.

Memang keputusan yang cemerlang memberi peluang yang lebih untuk seseorang itu dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja tetapi keputusan yang cemerlang tidak menjamin seseorang itu akan berjaya melepasi tempoh percubaan syarikat.

Tetapi yang lebih menjamin adalah kesungguhan seseorang itu.

Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang. Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemrlangan yang hadir dari usaha yang sejati. Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi.

Wassalam
Di petik daripada
Cikgu Farizal