24 Februari, 2010

Grounding Antena


AL-FATIHAH BUAT ARWAH 9W2YEY (Silent Key)

Satu khabar sedih menyelubungi warga radio amatur Pantai Timur khususnya Warga PRAGA Gua Musang bahawa Sdr. Nazari bin Che Daud (9W2YEY) telah kembali keRahmatullah pagi ini (24 Februari 2010) jam 7.05 pagi di Hospital Kuala Krai. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PRAGA.

Beliau diberitakan tidak sedarkan diri pagi kelmarin (23/2/2010) lebih kurang jam 10.15 pagi dan dimasukkan ke hospital Wad ICU Gua Musang. Memandangkan keadaan beliau yang tidak stabil akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital Kuala Krai pada sebelah petangnya. Pada malam harinya, arwah dilapurkan sedar dan sempat berbual dengan XYLnya namun ALLAH lebih menyayangi beliau.Beliau pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pagi tadi.

Arwah sedang berucap dalam satu sessi anjuran Kelab PRAGA

..... AL-FATIHAH......
"Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"

17 Februari, 2010

Koleksi Radio LamakuNational Panasonic Hi-Fi All Transistor 4 Band


Bahagian Hadapan

Bahagian yang terbakar terkena api pelita

16 Februari, 2010

Kesian ..dah la di buang....di bakar pula







KUALA KRAI 13 Feb. – Sepanjang minggu ini sudah ada empat kes buang bayi.
Tetapi yang berlaku hari ini paling kejam dan meruntun perasaan.
Dengan tali pusat yang masih segar dan uri melekat di tubuhnya, bayi lelaki berkulit cerah ini dicampakkan ke dalam tong sampah!

Di atasnya diletak timbunan rumput, kayu dan kepingan zink.
Paling memilukan, si kecil yang dipercayai baru berusia beberapa hari ini dibakar!
Badan bayi ini separuh rentung. Kakinya pula bercerai daripada badan.
Cuma yang tidak dapat dipastikan adakah bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dibuang atau pun dibakar hidup-hidup.

Bayi malang itu ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), Mohd. Zain Pa'Su, 57; Mohd. Hilmi Rosli, 26, dan Abdul Rahman Hussin, 28,
semasa hendak memungut sampah di bandar ini.
Mohd. Zain berkata, mereka memulakan tugas seperti biasa untuk memungut sampah dengan lori
tetapi merasa pelik apabila melihat sebuah tong MDKK di Jalan Tengku
Zainal Abdidin di sini, terbakar kira-kira pukul 11 pagi ini.

Katanya, selain itu, tong sampah tersebut turut dipenuhi rumput, kayu dan zink yang seolah-olah disusun secara bertingkat untuk menyembunyikan sesuatu.
“Jarang tong sampah itu terbakar tetapi kami tidak mengesyaki apa-apa.
Disebabkan susah untuk mengangkat sampah kerana tong itu terbakar kami
terpaksa memunggah.
“Namun alangkah terkejutnya apabila menemui mayat bayi lelaki dengan separuh badannya terbakar,” katanya ketika
ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata,
berdasarkan siasatan, tong sampah itu dipercayai dibakar sejak pagi
semalam.
“Tetapi disebabkan semalam bukan waktu untuk memungut sampah tiada siapa menemui bayi malang itu sehingga kakitangan MDKK itu
menjalankan tugas mereka pagi ini.
“Mereka kemudian membuat laporan kepada dua anggota polis bermotosikal yang melakukan rondaan di kawasan
tersebut kira-kira pukul 11.25 pagi.
“Kita mengesyaki suspek sengaja membakar tong sampah ini untuk menghapuskan bahan bukti kerana bimbang
ia akan diketahui umum,” katanya.

Ujarnya, pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Kuala Krai untuk mengetahui punca kematian bayi ini.
Kata beliau, pihaknya juga percaya perbuatan itu dilakukan oleh remaja di sekitar bandar ini kerana tidak mungkin orang luar akan ke lokasi
tersebut untuk membuang bayi.
“Saya memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kejadian ini.

“Kita juga meminta kerjasama dari klinik swasta sekiranya menerima kes melibatkan kelahiran atau sakit selepas melahirkan bayi,” katanya.
Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Rabu lalu, seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui mati di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di Kampung Permatang Duyong Melaka.
Ketika ditemui bayi itu dihurung semut.
Sehari sebelum itu, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan
Isnin lalu, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai
polis di Kedah.

13 Februari, 2010

Antena di baseku



Mesin Canai Antik



Peralatan pertukangan lama yang masih tersimpan dan boleh digunakan di bengkel Kemahiran Hidup di saltmine ku. Bagiku ini adalah warisan yang perlu dipelihara. Perhatikan label Canada-- Malaya. dan plan colombo. Agaknya sebelum Malaya merdeka lagi peralatan ini digunakan....

Gambar Antena Yagi 6 Element



Ramai yang bertanyakan saya tentang bentuk antena yagi yang siap dibina. Mungkin gambar ini dapat membantu rakan-rakan membina sendiri antena yagi.

Antena Paling Power...



Sistem Pemantauan Gelombang Radio bagi negeri Kelantan oleh MCMC yang diletakkan dipuncak Hospital USM Kubang Kerian. Sistem ini dinamakan NASMOC yang berkemampuan untuk memantau pancaran gelombang radio oleh MCMC dari Kuantan atau Putra Jaya.

10 Februari, 2010

Kod Q dan Istilah dalam Radio Amatur

Q - Code Amateur Radio

QAV
- I am calling
QCM
- There seems to defect in your transmission
QIF
- .... (calling station) is using ... (frequency)
QRA
- The name of my station is ...
QRB
- The distance between our station is ...
QRG
- Your exact frequency in khz is ...
QRH
- Your frequency varies
QRI
- Your note varies
QRJ
- Your signals are very weak
QRK
- The intelligibility of your signal is (1 to 5)
QRL
- I am busy
QRM
- There is interference
QRN
- I am being troubled by atmopheric noise
QRO
- Increase power
QRP
- Reduce power
QRQ
- Send faster ( ... words per minute)
QRR
- I am ready for automatic operation
QRS
- Send more slowly ( ... words per minute)
QRT
- Stop sending / close down
QRU
- I have nothing for you
QRV
- I am ready
QRW
- Please tell ... that I am calling him
QRX
- I will call you again
QRY
- Your turn is ... (number etc)
QRZ
- You are being called by ...
QSA
- The strength of your signal is ... (S1-S9)
QSB
- Your signal is fading
QSD
- Your keying is defective
QSI
- I have been unable to break in on your transmission
QSK
- I can hear between my signals (ie. I am using break-in)
QSL
- I give you acknowledgement of receipt
QSM
- Repeat the last message
QSN
- I did hear you on ...
QSO
- I can communicate with ... direct
QSP
- I will relay to ...
QSR
- Repeat your call on the calling frequency
QSS
- I will use the working frequency ... khz
QSU
- Reply on this frequency (or on ... khz)
QSV
- Please send a series of "V's"
QSX
- I am listening to ... (call) on ... (khz)
QSY
- Move to .... khz (Frequency)
QSZ
- Send each word or group twice
QTH
- My location is .....
QTR
- The exact time is .....

The Q Code used by amateurs

QRL
Frequency in use / busy
QRM
Interference from other station
QRN
Interference from static / electrical equipment
QRO
High power
QRP
Low power
QRS
Send more slowly
QRT
Closing down
QRU
That's all from me
QRX
Standby
QRZ
Who is calling me
QSB
Fading
QSL
Confirmation of info / QSL Card
QSO
Contact between stations
QSY
Change frequency
QTH
Location
QTHR
Address per Callbook


KUASAI SOP ANDA DENGAN BETUL
Memandangkan terdapat ramai rakan ham yang seringkali melakukan kesilapan dalam QSO, maka sepatutnya kita kongsikan ilmu untuk pemahaman dan keselesaan bersama.

Sebutan Maksud / Merujuk kepada / Disebut

Lima Lima
Land Line atau Line Location
(Talian Tetap Permis, Contoh bermula dengan 03 xxxxxxxx, 04 xxxxxxxx dan sebagainya)

Loceng Terbang
atau lebih baik dipanggil Handphone. Contoh bermula dengan 012 xxxxxxx, 013 xxxxxxx dan sebagainya)

Cheerio ( Bahasa Latin) Selamat Tinggal / Bye Bye
http://www.thefreedictionary.com/cheerio

Jalopy (American) Kenderaan bukan disebut Canopy
http://www.thefreedictionary.com/jalopy

Fundamental - Tempat kelahiran / ibubapa

Harmonic- Anak-anak

XYL - Isteri

SIGN OFF - bukannya disebut Time OFF -bermaksud Keluar dari frekuensi @ jalur

Salt Mine - bukannya Dot My - untuk bermaksud Tempat kerja

Rubber Duckie -Antenna Handie (Flexible Whipe Antenna)

73 - Seven Three / Tujuh Tiga - bukan disebut "Tujuh Puluh Tiga"

Eyeball / QSO / Round Table
Pertemuan secara bersemuka/ QSO bersemuka

Nama Tempat

Gunakan sebutan biasa untuk tempat dan tidak perlu menggunakan sebutan Phonetics.
Contoh 1: sebutan Kuala Lumpur / KL terus sebut Kuala Lumpur / KL tak perlu sebut Kilo Lima atau Kilo Tango untuk nama tempat Kuala Terengganu.

Penggunaan istilah 'Portable' / 'Base' / 'Mobile'

Perlu dipastikan bahawa istilah 'Base' dinyatakan bilamana kita memancar di alamat yang tertera pada AA sama ada menggunakan 'Rig Handy ' atau 'Mobile Rig'.
Istilah 'Portable' boleh digunakan bilamana kita memancar di luar dari alamat pada AA. Jika kita bermobile dan menggunakan 'Rig Handy' sekalipun - disebut juga sebagai 'Mobile' dan apakala kita berhenti dalam masa yang lama - disebut sebagai 'Portable'. (Rujuk Guideline For Amateur Radio In Malaysia - MCMC)

QSY - disebut bilamana untuk berubah @ bertukar Frekuensi dan berbeza dengan
QRD - disebut bilamana menuju ke suatu lokasi / tempat
QRX- berhenti memancar (TX) buat seketika dalam jangka waktu / masa yang dinyatakan, sama ada QRX 2 minit atau jangka masa selebihnya.
QRT -berhenti memancar (TX dan RX) dan mungkin switch off radio.
PTT - Press To Talk (Tekan Untuk Bercakap)

Tips @ Panduan Untuk Penjenayah (dipetik dari ondscene.blogspot.com)

Panduan ini adalah untuk kebaikan semua. Jadi, jangan sia-siakannya.

1. Pastikan anda membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika anda tidak membawa kad pengenalan kerana jika anda ditembak mati, sukar untuk polis mengenalpasti identiti anda. Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga anda lambat mengetahui, bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah anda. Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian anda

2. Jangan bawa kad pengenalan palsu
Ini lagi satu masalah. Jika anda gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tidor di rumah semasa anda ditangkap/tembak mati.

3. Buka topi keledar
Tahukah anda, setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika anda tiba-tiba memasuki bank/kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak, macamana nak tau yang anda adalah orang yang merompak itu. Ini mengurangkan glamor anda kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit anda untuk disiarkan oleh media.

4. Ragut cara berhemah
Jika anda terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko anda terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orangramai menangkap anda. Jadi, jika anda rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu, lupakan sajalah hasrat anda itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk anda ragut.

5. Jangan pakai sarung tangan
Tahukah anda, sarung tangan yang anda pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril . Kemungkinan jari-jari anda mendapat gatal-gatal adalah tinggi. Lagipun, anda membazir duit membeli sarung tangan itu. Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat anda yang dah ditembak itu. Suri rumah juga ada yang menggunakan sarungtangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.

6. Pastikan memandu secara berhemah
Ketika anda melarikan diri dari polis, pandulah dengan cermat. Anda akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah anda ditahan kerana merompak, nanti kesalahan anda akan bertambah-tambah – pandu laju, cuai, tiada lesen memandu, lesen memandu palsu, lesen tamat tempoh, lesen palsu, cukai jalan palsu, cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai talipinggang keledar. Jadi, pandulah dengan berhemah, kerana jika anda ditangkappun, anda dah dapat menyelamatkan diri anda dari berbagai kesalahan lain.

7. Jangan gopoh
Anda seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika anda dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, anda lari sajalah. Sekurang-kurang anda dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana anda nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.

8. Test power anda
Untuk menjadi pro, anda kena banyak latihan. Setakat anda berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, anda bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Anda cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai Polis Trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.

9. Jangan malu-malu
Jika anda ditangkap, anda adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar anda semasa anda dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macamtu. Menteripun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balairaya kampung anda 15 tahun lalu. Berbanggalah.

10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
Perancangan anda untuk merompak mungkin amat canggih. Dan anda berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah anda, semua itu dah boleh buatkan anda senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang anda bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang anda pandu nanti. Kad pengenalan pun, anda tinggalkan kerana nanti anda boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, anda angkut semua kecuali barangan yang anda bawak sebelumnya.

11. Sepakat Membawa Berkat
Jika anda berkumpulan, pastikan setiap anggota anda membawa sekeping kad. Kad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik. Tujuannya, adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika anda yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan anda menunggu di dalam kereta, kemudian anda ditembak mati. maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan anda yang melarikan diri untuk membantu siasatan. Jika anda terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan anda yang melarikan diri itu, dan akhirnya, anda sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat...

Tips Tambahan

12. JANGAN BUAT MALU
Ramai di kalangan anda berangan nak main salji, membuatkan sampai pergi merompakpun guna 'ski-mask'. Semua ni jadi bahan ketawa orangramai. Mungkin ada yang perasan mungkin nampak macam UTK (Unit Tindakan Khas) polis.Ada juga yang guna lapik tudung anak perempauan anda atau isteri semata-mata untuk menutup muka, hanya nampak mata anda sahaja. Kalau anda lemas, siapa yang susah? Betul-betul buat malu. Adalah lebih baik anda guna goggle, macam orang menyelam tu. Lebih nampak bergaya. Jika anda tak tahu macamana goggle tu, sila lawat http://www.google.com/ , cari kat google images.
Keputusan RAE 2/2009 dah keluar
TAHNIAH kepada yang berjaya .. yang gagal cuba lagi....

Sila semak keputusan anda.
Selamat menjadi warga HAM....

09 Februari, 2010

Tujuh Tiga @ Tujuh Puluh Tiga



Percaya atau tidak terma ini hanya ujud dalam CW atau Kod Morse sahaja.
Sedikit maklumat yang saya terbaca didalam beberapa artikal di internet, banyak menceritakan pada awal keujudan 7 3 (TUJUH TIGA bukan TUJUH PULUH TIGA) yang bermakna “Best Regards”.
A little history here; CW operators in the early , early days of radio came up with the number code of 7 3 for “best regards” because of the fame of the 73 Winchester rifle. The 73 winchester was the best rifle of the time and the CW guys just took it as “seven three ” SEPERATE NUMBERS WHICH IS A 7 and a 3 in CW –… …– Anyone experienced in CW who listens on FM repeaters are likely to tell the operators on there saying seventy three’s; that they may as well be using French to sign with, which leads me to the next one that really gripes repeater owners and control operators who have experience on HF…..
Petikan dari: Hamuniverse.com
Tanpa 7 3 anda akan lebih selesa dengan mengucapkan seperti contoh berikut:-
“9W2CKO disini 9W2BBA. Man, terima kasih untuk perbincangan yang amat menyeronokan, harap dapat berhubung dengan anda dalam masa yang terdekat. 9W2CKO disini 9W2BBA mendengar kata akhir anda dan jumpa lagi.“
7 3 merupakan pinjaman dari penggunakan dalam CW ke komunikasi suara terutama di dalam band 2 meter. Ia lebih bermaksud kepada “Salam Sejahtera”. Maka lebih elok jika ia disebut TUJUH TIGA kerana ia lebih menampilkan makna yang sebenar dari tiga sebutan TUJUH PULUH TIGA; seperti:-
“9W2CKO disini 9W2BBA. Man, terima kasih untuk perbincangan yang amat menyeronokan, harap dapat berhubung dengan anda dalam masa yang terdekat. 9W2CKO disini 9W2BBA mendengar kata akhir anda, 7 3 jumpa lagi.”
Dipetik daripada 9w2bba

06 Februari, 2010

Radio buruk yang dihias


Ni radio lama aku tapi dah tak berfungsi. Perkakasan dalamannya entah dimana dah. Stiker yang ditampal tu daripada jenama lain. Radio ni pernah berkhidmat untukku di era 70-an.

Radio buruk yang memang buruk


Tinggal body je. Sorry bukan untuk dijual....

Pocket Radio


Dulu radio poket memang popular. Sesiapa yang memilikinya memang hebat.

Radio lamaku


Dah rosak tapi sayang nak buang...banyak kenangan

2 Step Dipole

RF Signal Icom IC V8

IC Regulated

05 Februari, 2010

Walkie talkie paling murah di pasaran


Radio jenis ni paling murah di pasaran. Aku beli dulu tak sampai RM20.00. Aku beli untuk harmonic. Menggunakan bateri 9V. Pancaran dalam mod AM dan tak le jauh mana. Kira boleh la untuk kanak-kanak. Aku beli dulu sebenarnya untuk bedah siasat apa isi kat dalam radio tu. Walaupun dah berusia hampir 10 tahun radio ni masih boleh digunakan.Bateri lama jangan simpan dalam radio kalau tidak cecair bateri akan menyebabkan berlakunya karat di dalam radio..

04 Februari, 2010