28 Januari, 2010

Pemasangan Ground

Ramai di kalangan pengguna radio amatur kurang memberi perhatian terhadap pemasangan ground , bahkan ada juga rakan-rakan ham yang menggunakan. Ground yang tidak dipasang dengan sempurna. Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya RFI / Splatter. Di sesebuah stesyen kita perlu memberi perhatian terhadap :
• Ground Radio ( transmitter )
sebuah radio amatur yang kotak / box-nya diperbuat dari logam merupakan ground dari rangkaian. Di samping membuat hubungan ke tanah perlu juga kita pastikan sekru dari kotak / box tersebut diikat dengan kemas. Ikatan skru yang longgar akan menyebabkan rangkaian radio kehilangan ground yang tentunya akan mengakibatkan timbulnya RFI / Splatter.

• Ground Antena.
Sebuah antena biasanya menggunakan sekru untuk menghubungkan bahagian-bahagian di setiap element. Perlu diperhatikan bahawa setiap sekru perlu dikunci dengan baik. Antena jenis Ground Plane (ring-o) yang ground-nya adalah radial (janggut), sama juga antenna yang dengan yang menggunakan 8 radial (janggut). Pada antena Yagi, semua element beserta Boom (jika Boom diperbuat daripada logam) adalah ground antena tersebut.

• Ground Menara Antena.
menara antena sebaik-baiknya dibuat daripada logam, agar dapat di-ground-kan. Menara yang mempunyai ground akan membantu pancaran / penerimaan stesyen itu serta dapat menghindari sambaran petir (apabila antena lebih rendah daripada hujung menara).

• Ground Power Supply
Power Supply yang merupakan catu daya, pada box / kotak yang dipererbuat daripada logam juga merupakan ground rangkaian. Ground ini bukan hanya membantu radio dalam penerimaan dan pancaran tapi juga menetralisir induksi dari rangkaian, akan tetapi yang jauh lebih penting adalah untuk menjaga keselamatan diri kita sendiri dari renjatan elektrik, jika berlaku litar pintas antara tegangan elektrik dengan box / kotak di dalam power supply itu.

CARA MEMBUAT GROUND :
Banyak cara untuk membuat ground, antara lain seperti berikut :
Cari sebuah kepingan logam (sebaiknya aluminium supaya tidak ber-karat) ukuran 40 X 40 cm, hubungkan dengan sebuah kabel bumi ukuran minimal 2,5 mm, lalu benamkan ke dalam tanah, semakin dalam adalah semakin baik (minima 1 meter untuk tanah yang lembab). Hujung kabel itu hubungkan kebahagian - bahagian yang disebutkan di atas.
Jika rumah anda berhampiran paya atau tempat berair, adalah lebih baik dipasang di di tempat tersebut. Adalahlebih baik jika semua bahagian tersebut mempunyai ground masing - masing yang terpisah.
Seelok-eloknya pemasangan ground ini tidak terlalu jauh dari Radio, dan pergunakan kabel bumi tersebut sependek mungkin serta lurus (tidak ber-belok/banyak patahan).
Selamat mencuba....

Tiada ulasan: