27 Disember, 2010

RF Grounding.

Rf grounding is considerably different than surge grounding. First thing is you are working with RF. Since it is an AC signal it has impedance. The length of the ground runs has much more to do with the fraction of a wavelength at the frequency involved than the DC resistance of the wire. While the DC resistance of a ground wire may be only a fraction of an ohm, the impedance (or the AC resistance at RF frequency) can easily be hundreds or thousands of ohms on the same wire. This can make it pretty difficult to get an effective RF ground. Remember an RF ground wire is just a short antenna! We want to make it as LOUSY an antenna as possible! We really don't need it radiating extra RF inside our shack. It is supposed to remove this stuff not cause it. An effective RF ground needs to be less than a quarter wave length at the highest frequency used. As you can see there is no such thing as an effective ground for VHF or UHF. We will concentrate our efforts to 10 meters and above. This means our ground wire from radio to ground must be about 9 feet or less! This is still pretty difficult. All radios, tuners, meters, etc in radio system should be grounded in a star ground configuration. The common point should be at the tuner if one is used, otherwise a ground bus bar can be purchased at an electrical house. All Connections to radios should be with either insulated or bare wire with as few strands as possible. RF likes smooth surfaces best. DO NOT USE braid for RF connections. This is an old wives tale! Your ground run should go directly to the ground where you should have a ground rod for the connection point, (which will be connected to all your other ground rods in the system as discussed above). This run must be less than nine feet to be effective. If you are on the second floor this will make this length impossible. Use of a shielded ground * wire can stop radiation of the ground wire but you will still have a lousy ground. Nothing can change this. Ground wire tuners only turn your ground wire into a counterpoise for your antenna, meaning it WILL radiate. This will only ensure that the low voltage point of your antenna will be at your radio. Next we need to form our RF counterpoise outside at our ground system. You will next need to add some bare copper wire at the RF feedpoint where your shack ground wire connects to. I prefer to use bare 8 gauge copper ground wire here. It is single conductor, bare copper and easily bent and run around house. Single strand is best but it should definitely be bare even if you have to strip insulation off wire. Run it around the house or anywhere it will stay out of the way fo lawn equipment but not buried deeper than 1/2 inches. This is CRITICAL. RF will not penetrate soil deeper than this at these frequencies. Those bonding wires you have between ground rods and ground rods do not exist to the RF! Burying this wire under wood chips or similar non conductive landscaping, etc is the way to go. This counterpoise should be as long as the wire antennas you have in the air. For most hams this will be about 130 feet. Longer is better. I run all the way around my house. I have found the eight gauge will push into the spacing used between driveway and foundation when persuaded with the proper tool, (READ HAMMER). You can connect the loop back on itself at the feed point. This can add several S units to the receive signal and dramatically reduce noise on the signal, though nothing will help all the noise on 80 or 160 meters. Years ago I installed a long wire antenna that was about 250 feet long and about 50 feet in the air. This should work fantastic you say. I had three ground rods outside window of shack with single ott solid copper ground wire direct to tuner.

24 Disember, 2010

Jenis-Jenis Stesyen Radio Amatur

Merujuk kepada buku panduan “Guidelines For Amateur Radio In Malaysia” yang dikeluarkan oleh MCMC ada menerangkan mengenai jenis-jenis stesyen yang dikendalikan oleh pemegang lesen Radio Amatur: Petikan seperti berikut:-

a) The ASAA holder is permitted to install and operate any of the following amateur radio stations:
i) Amateur Radio Base Station - defined as station that is operated as per the address stated in the ASAA;
ii) Amateur Radio Mobile Station – defined as station that is operated while it is in the moving, such as in the car;
iii) Amateur Radio Portable Station – defined as station that is operated away from the registered address in the ASAA for certain duration of time; and
iv) Amateur Radio Earth Station – defined as station that working with an amateur radio satellites.
Base Station.
Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari rumah anda seperti yang tercatat dalam ASAA (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dikeluarkan oleh MCMC.
Mobile Station.
Menerangkan anda sedang berkomunikasi dari dalam kenderaan yang sedang bergerak diluar kawasan alamat yang tercatat dalam ASAA anda. Contoh: Dalam kereta atau atas motosikal.
Portable Station.
Menerangkan anda beroperasi dari stesyen sementara yang berada bukan dialamat yang didaftarkan dalam ASAA anda untuk jangkamasa tertentu. Contoh: Rumah keluarga di kampung.
Earth Station.
Stesyen yang menjalankan komunikasi menggunakan Satelit Amatur.
Pada amnya pengkelasan jenis stesyen tersebut sudah mencukupi untuk mengenal pasti jenis stesyen yang akan anda kendalikan, bukan mengkelasifikasikan mengikut jenis peralatan yang anda gunakan. Panggunaan “Handy” atau “Walkie Talkie” tetap dikelasifikasi mengikut kreteria seperti diatas bukannya “Portable“. Manakala “Mobile” tetap disebut “Mobile” jika anda masih didalam kenderaan anda, kecuali anda keluarkan radio anda dari kenderaan dan mula beroperasi dalam jangka masa tertentu barulah disebut “Portable“, tiada penerangan mengenai “Mobile Static” atau “Stationery Mobile“.
QTH.
Dalam bentuk percakapan (Jargon) lebih merujukan kepada kedudukan semasa atau pertanyaan. Jika pertanyaan mengengenai lokasi rumah anda, ia tetap disebut; Dimana “Base Stattion” anda?, kalau merujuk kepada lokasi; Dimana QTH anda sekarang, terima audio anda 4 dan 7?
Pada amnya QTH amat sesuai digunakan untuk mengenal pasti lokasi atau keadaan tempat yang tidak kekal atau berubah-rubah, manakala “Base Station“, “Mobile Station“, “Portable Station” dan “Earth Station” adalah untuk keadaan atau lokasi yang kekal walaupun untuk jangkamasa yang pendek.

Citizen Band - Jalur Rakyat

Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi pancaran UHF.

CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (ham) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia.

Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang berbeza-beza. Meskipun mereka mungkin dikenali dengan nama lain, seperti General Radio Service di Kanada, mereka sering menggunakan frekuensi yang sama (26-28 MHz).

CB radio boleh mencapai hingga 4 atau 5 batu, bergantung kepada cuaca dan jenis medan di kawasan tersebut. Hal ini disebut "SHORT SKIP" tetapi isyarat mungkin boleh menjangkau lebih jauh dan ini dikenali sebagai "LONG SKIP".

Di Malaysia terdapat Unofficial Malaysia Boleh Citizen Band Radio Group yang memberi perkhidmatan untuk pendaftaran Callsign. Anda boleh melawati website bagi pendaftaran callsign di
http://my27mhz.blogspot.com/.
Monitoring Channel : 30 Frequency : 27.305 MHz Mode : USB

Saluran atau channel bagi CB Radio adalah seperti berikut:
SUSUNAN A
Frekuensi Jalur Rakyat HF

CH Frekuensi Jenis Kuasa puncak Lebar jalur Saluran simpanan
(MHz) modulasi (Watt) (kHz)
1. 26.965 AM 4 6
2. 26.975
3. 26.985
4. 27.005
5. 27.015 Bukan untuk digunakan
6. 27.025
7. 27.035
8. 27.055
9. 27.065 Kecemasan
10. 27.075
11. 27.085
12. 27.105
13. 27.115 USB/LSB 12 3
14. 27.125
15. 27.135
16. 27.155 LSB 12 3 Calling channel
17. 27.165 USB/LSB 12 3 Bukan untuk digunakan
18. 27.175 USB/LSB 12 3
19. 27.185
20. 27.205
21. 27.215 Bukan untuk digunakan
22. 27.225 USB/LSB 12 3
23. 27.235
24. 27.245
25. 27.255
26. 27.265
27. 27.275
28. 27.285
29. 27.295 USB/LSB 12 3 Saluran simpanan
30. 27.305 USB/LSB 12 3
31. 27.315
32. 27.325
33. 27.335
34. 27.345
35. 27.355
36. 27.365
37. 27.375
38. 27.385
39. 27.395
40. 27.405

SUSUNAN B
Frekuensi Jalur Rakyat UHF
Berikut senarai saluran (channel) bagi CB UHF. Kuasa puncak adalah sebanyak 0.5 Watt dan Lebar Jalur 12.5kHz.

1. 477.5125 14. 477.6750 27. 477.8375
2. 477.5250 15. 477.6875 28. 477.8500
3. 477.5375 16. 477.7000 29. 477.8625
4. 477.5500 17. 477.7125 30. 477.8750
5. 477.5625 18. 477.7250 31. 477.8875
6. 477.5750 19. 477.7375 32. 477.9000
7. 477.5875 20. 477.7500 33. 477.9125
8. 477.6000 21. 477.7625 34. 477.9250
9. 477.6125 22. 477.7750 35. 477.9375
10. 477.6250 23. 477.7875 36. 477.9500
11. 477.6375 24. 477.8000 37. 477.9625
12. 477.6500 25. 477.8125 38. 477.9750
13. 477.6625 26. 477.8250 39. 477.9875

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

AL QURAN DAN KAITANNYA DENGAN NOMBOR ATOM DAN ISOTOP BAGI BESI

Terdapat banyak rujukan tentang besi yang boleh didapati daripada al Quran. Antaranya ialah:

25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid: 25)

Perkataan “inzal” di dalam Quran biasanya digunakan untuk menerangkan suatu perbuatan turunnya sesuatu dari langit. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah celcius. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.Penemuan astronomi moden telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Oleh sebab itulah kita mendapati perkataan “ inzal” digunakan untuk menerangkan situasi ini.

Al Quran juga turut menerangkan keajaiban daripada sudut matematik. Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!

1.Nilai matematikal bagi perkataan “ hadiid”(besi) ialah 26.

Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 26

2. Ayat yang menerangkan tentang besi ini ialah ayat ke-25 di dalam surah al Hadiid. Jika kita mengira bilangan ayat bermula daripada Basmalah di awal surah ke ayat tersebut, maka ia adalah ayat yang ke-26.

3. Nama Allah yang disebut di dalam surah ini sebanyak 26 kali sehingga ayat yang ke-25 tersebut.

4. Perkataan al Hadiid yang bermaksud “ besi itu” atau “the iron” mempunyai nilai matematikal 57. Dalam kaedah bahasa Arab, perkataan yang mempunyai awaln “Al” menyatakan sesuatu itu dengan lebih spesifik. 57 adalah nilai salah satu isotop besi.

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 57

5. Surah al Hadid adalah surah yang ke-57 dalam al Quran.

6. Jika dibilang dari belakang, bilangan surah ini adalah surah yang ke-58. 58 juga adalah salah satu isotop bagi besi.

7. Surah ini mempunyai ayat sebanyak 29.Bilangan ayatnya akan menjadi 30 jika Basmalah turut dikira. Nombor 30 adalah sama dengan bilangan neutron 2 isotop ini. Bilangan perkataan Allah dalam surah ini pula sama dengan bilangan neutron bagi 2 isotop yang lain.

Maher Zain - Insha Allah Insya Allah.

Michael Jackson - Give Thanks To ALLAH

19 Disember, 2010

09 Disember, 2010

Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan persiakan....

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.. .Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang..

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali
dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.. Mengapa kamu berlengah dan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terimalah segala kekurangan dan kelebihan seadanya kerana manusia tidak semuanya sempurna dan tidak ada yang sempurna. Yang ada, hanyalah saling melengkapi antara satu sama lain.

quran 49;12

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

al-hujarat ; 12

13 November, 2010

Renungan

*Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orang, tanyalah hati kita
dahulu apakah tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu kepada
orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang, apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk-nunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala yang kita
dapat tapi bala.

Diam Itu Hikmah

Teringat saya kepada sebuah peristiwa di zaman Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.

06 November, 2010

31 Oktober, 2010

Julang Piala Malaysia: Kelantan Isytihar Cuti


UARA PIALA MALAYSIA... Ketua pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menjulang trofi selepas pasukan 'The Red Warriors' itu menewaskan pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.




Para pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.




KL, 31 Okt 10:Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

"Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat.

"Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57.

Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad. Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium.

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. (AK)

Gomo Kelate Gomo

Olek Olek

13 Oktober, 2010

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2010-4

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur pada 22 Disember 2010. Individu yang berminat dan berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan adalah dipelawa untuk mendudukinya. Butiran lengkap peperiksaan adalah seperti berikut:

Pusat Peperiksaan (Wilayah):
Tengah, Utara, Selatan, Timur, Sabah dan Sarawak.

Tarikh & Masa Peperiksaan:
22 Disember 2010 Jam 2:00 Petang.

Tarikh Permohonan dibuka:
11 Oktober 2010 (Rujuk akhbar ).

Tarikh Permohonan ditutup:
29 Oktober 2010 , Jam 5:00 Petang.

Sila dapatkan maklumat lanjut di: Laman SKMM

12 Oktober, 2010

Langit


Ajaibnya unsur alam ciptaan ILahi.... Langit, udara menjadi penghubung sesama insan di mana sahaja. Tetapi sehebat manapun manusia biasa seperti kita , tidak termampu untuk menembusi lapisan-lapisan langit yang penuh dengan rahasia yang tersendiri.....

Towerku yang dalam pembinaan......



Kalau siap nanti, aku nak memancar jauhhhhh, jauh dari Kuala Krai...

Antena Crank Basikal



Mungkin boleh jadi antena ni...Kalau dah jadi nanti saya akan dokumentasikan hasilnya

J Pole bertelinga......

SEKADAR PERINGATAN SEMULA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Sunnah Rasulallah s.a.w. dalam bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"......

1) Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"......

2) Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada PULAN ye" contoh lerr...

3)Bukannya : "Kirim salam kat PULAN ye" Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

4)"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

5) Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

6)Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

7) Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

WALLAHUALAM.........

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT...

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll.... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.

Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat... betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

Tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak

WALLAHUALAM...

10 Oktober, 2010

Homebrew 2M antena



2M Choke

Kata-kata Hikmat

….Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah.

... Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencoba sesuatu. Kepemimpinan adalah Anda sendiri dan apa yang Anda lakukan.

... Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya. Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan uang .

... Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.

... Kebahagiaan biasanya merupakan hasil dari sebuah pengorbanan. Sebelum tidur, bertanyalah, kebaikan apa yang sudah kulakukan hari ini ?

... Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencoba sesuatu. Kepemimpinan adalah Anda sendiri dan apa yang Anda lakukan.

... Banyak orang akan datang dan pergi dari kehidupanmu, tetapi hanya sahabat-sahabat sejati yang akan meninggalkan bekas di dalam hatimu.

... Belajarlah dari kesalahan orang lain. Engkau tidak dapat hidup cukup lama untuk mendapatkan semua itu dari dirimu sendiri.

... Ia yang kehilangan wang, kehilangan banyak. Ia yang kehilangan seorang teman, kehilangan lebih banyak. Tetapi ia yang kehilangan keyakinan, kehilangan semuanya.

... Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya. Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan uang.

Ungu - Andai Ku Tahu

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Chorus:
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu


Bila fikir2 macam ada kena-mengena je cite ni dengan kehidupan sebenar aku tapi jauh panggang dari apilah kan. Cuma bab doa2 tu mungkin dan semua orang pernah rasa kot... Sungguh2 kita doa, hari2 kita doa... Allah bukan taknak makbulkan TAPI dia nak kita kuat dan dekatkan diri kepadaNya... Selalu mintak pada Dia macam mana Dia tak pernah sekalipun lupakan kita semua. Sebab sekali 2 berdoa, belum makbul mesti kita akan cuba berdoa lagi kan? Tapi janganlah berputus asa sebab Allah itu Maha Mendengar.

Dan sekarang ini sekali lagi nak aku nyatakan yang aku sangat2 mahukan petunjuk Allah untuk semua benda yang aku keliru... Kalaulah ada sesuatu yang buat aku rasa ok, aku tak payah fikir2 lagi hal ni
Mungkin belum tiba masanya aku benar2 sedia hadapi alam lain? Tengok jelah nanti tapi aku mungkin tak boleh berhenti dari memikirkannya. Ye, aku akui yang aku sangat dan terlalu suka berfikir...sedalam2nya supaya aku faham kenapa dan mengapa tapi ada la limitasinya. Kalau tak, gila jadinya nanti...susah aku...

05 Oktober, 2010

01 Oktober, 2010

Susah nak dapat ni



Kalau dapat, kayaaaaa ooooo

Peminat Radio SW

Hak aku menyatakan Perasaan Rasional aku

Bila Waktunya Perasaan Akan Menjadi Paling Rasional
Sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah berlaga bumi.


Jika aku harus menilai, aku nilai dengan adil. Dan kamu semua terlalu cetek bila sebut tentang keadilan. Sama-rata. Dan kamu mula menyentuh hak. Kemudian lain-lain lagi. Cuba, kalau kita pulangkan kedudukan adil itu pada tempat asalnya.


Iaitu pada diri sendiri.


Sebagai teman, kamu seratus kali ganda lebih baik dari dia. Tapi jika sebagai kekasih aku, dia seratus kali ganda lebih baik dari kamu. Sintom kebodohan akan jadi jelas, bila kamu tidak memagar, tidak membataskan, tidak awas dengan perbezaan emosi dan akal.


Sebab itu, sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah di bumi.


Dan aku lebih suka, menulis untuk diri sendiri. Ada hari yang aku akan duduk dan baca diam-diam, adakah aku menulis sesuatu yang sia-sia? Walaupun cuma untuk diri sendiri. Jika berlaku keadaan seperti itu, aku perlu cari, ada atau tidak manusia atau kewujudan apa pun yang mampu kasihankan aku lagi. Dan pegang tangan aku erat-erat.


Untuk mengakui sesuatu yang tidak akan diakui.


Untuk memiliki saksi, manusia juga punya kesetiaan pada kebenaran.

Cakap yang berguna

Dua tiga puluh bulan yang lalu, aku sibuk bercakap.


Aku banyak bercakap.


Dua tiga puluh bulan kemudian, kamu akan dapati, aku masih orang yang sama.


Tapi tidak lagi bercakap bila keadaan itu tidak perlu bercakap.

Kalau bercakap, cakap yang benar saja......

Soalan yang dicari jawapan......

Aku tak tahu kamu. Tapi aku adalah jenis yang tak mudah menghormati orang tanpa alasan.


Aku susah menghormati orang jika aku nampak segala-galanya tentang dia. Nyawa-nyawa yang masih merayap-rayap pada zaman ini gemar terdedah. Mereka gemarkan pendedahan. Tak perlu sembunyi. Jangan pendam. Rugi! Gaya hidup begini punyai graviti yang kuat. Kerana ia menarik. Dedah dan semua yang lain melihat.


Seterusnya keseronokan kata-kata puji. Hasil dari kekejian.


Kita buat dosa dengan terbuka. Selamba lah tunjuk buah dada. Nanti dapat puji. Dada aku besar. Puting merah. Sedap hisap. Bangga. Bukan perempuan saja suka tunjuk dada. Bukan lelaki saja suka hisap dada. Kita saling suka antara satu sama lain. Kutukan aku relevan untuk kedua-dua jantina. Kita sangat sukakan dada ya? Tak ada masalah.


Masalahnya disini.


Kita suka juga buat kebaikan. Kita seksi, tapi bukan bermakna hati tak baik. Tapi ia juga perlulah terdedah. Perlu juga dilihat orang lain. Orang lain mesti nampak kebaikan kita. Itu masalahnya.


Cuba kamu cari, seorang dari ribuan teman kamu. Ciri-cirinya ialah kita tahu apa keburukan dia tapi tidak pernah nampak dia lakukan keburukan itu. Dan kita tak tahu satu kebaikan pun yang dia buat.


Aku percaya orang seperti itu barulah orang yang hidup dengan baik.

29 September, 2010

CBOX Backup

Assalamualaikum.... Nampaknya ada orang yang tidak senang dengan blog saya ini. Mereka cuba untuk mengkhianati blog ini dengan menggunakan ruangan Cbox. Agaknya supaya orang tidak tahu apa yang ditulinya sebelum ini. Saya dapat mengagak siapa yang punya angkara. Cuma tidak mahu didedahkan di sini. Dalam masa tak sampai 5 minit dah dapat diketahui siapa gerangan yang berhati busuk itu. Terima kasih kepada rakan yg email saya tentang cara mengesan penceroboh di blog ini....

28 Sep 10, 05:08
9W2PNS: >ffdf. ubahlah sikap anda. Janganlah jadi seorang pendengki. Allah melihat apa yang anda lakukan. Marilah kita berjumpa di daratan dengan bersaksikan al-Quran untuk membetulkan tuduhan anda.
28 Sep 10, 05:04
9W2PNS: >pp rakan-rakan K.krai Alhamdulillah semua sihat belaka. Pembetulan....repeater Astra K.Krai menggunakan callsign 9M4RDE. Sila rujuk dgn MCMC untuk penjelasan lanjut.
28 Sep 10, 01:35
ffdf: tahniah atas puak kita dapat repeater baru,tak kena bayar cuma kutip duit jah nak wat naik bukit mana tak tau lagi ,naik rumah pok nik lah,tak kena blanja besar,brg pok nik ada blako dah
28 Sep 10, 09:21
pp: apa khabar rakan2 kuala krai terutama yang memantau di 9M4LBG
28 Sep 10, 04:58
9w2jjl: askum rakan2 k.krai semua,semoga sihat2 blako
28 Sep 10, 04:57
9w2jjl: askum rakan2 k.krai....semoga sihat2 blako
27 Sep 10, 11:40
kk: salam monitor n memantau 73
27 Sep 10, 10:12
pp: pak nik kawe sokong tindakan demo kalu perhebatkan pendedahan tu demi kebaikan rakan ham semua
27 Sep 10, 10:10
pp: fdff kawe rasa puak2 demo yang berpuok2
27 Sep 10, 09:58
pp: fdff demo main radio lagu mane hok tu pun tok tahu
27 Sep 10, 06:16
9W2PNS: Salam untuk semua. Lama tak update blog ini.

25 Sep 10, 02:03
9W2EEI: salam ziarah..,

23 Sep 10, 08:15
Pozi Bck: Sabar paknik dgn tuduhan mrk. Klau anda dipihak bnr anda tak perlu risau. Kita knal sgt2 mrk2 yg suka menjahati org laen.AKRAB yg x akrab malah memutarblit fakta.
23 Sep 10, 02:36
9W2PNS: >fdff Tuduhan anda akan diadili Allah di Akhirat nanti. Insya Allah.
22 Sep 10, 10:23
fdff: 9w2ddi tu ore demo jugok,sajo wak kaca nok jatuh hok sebeloh,panda puak2 demo belakon
22 Sep 10, 10:21
fdff: hiduk la denge hidupe kabur mato ore
22 Sep 10, 10:20
fdff: ade ke repeater 9m4lbg,nak tanyo mcmc eh,pelik biaso nyo kalu legel di papar lesen dio,tengok lesen cikit
22 Sep 10, 01:51
xxp: lama x ziarah.. apa khaba rakan2 di k.krai...73
21 Sep 10, 06:55
9W2PNS: Selamat menduduki UPSR umtuk anak-anak didik...Semoga berjaya dan dipermudahkan Ilahi,
19 Sep 10, 06:48
M'at perak Ai: Syabas poknik...pendedahan yg hebat.Kami di sini mengikuti pkembgn ham sluruh m'sia. Di mana saje berlaku hal sebegini. So u sabo je la.
18 Sep 10, 03:11
9w2pns: Selamat hari raya poksey. Semoga Allah merahmati anda dan rakan-rakan
18 Sep 10, 02:51
poksey kkrai: slmt hari raya blako hok baca blog ni
16 Sep 10, 10:13
9w2pns: waalaikumsalam... Selamat hari raya abe kie...saya jarang2 memancar sekarang ni..maklumlah setiap patah perkataan yang dilafaz ditafsir secara negatif wal hal kita tak de niat nak pekenakan orang.
16 Sep 10, 02:36
9 double U 2 JK ai: Ass'kum. Lama tak dengar kabar. Sihat ko? Kita panggil kot jalur tak jawab mungkin qrl. Ok salam aidilfitri ke enam. Zaki
15 Sep 10, 11:44
9w2pns: Assalamualaikum. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua pengunjung.. Lama tak update blog ini... InsyaAllah saya akan cuba muatkan dengan perkara yang bermanfaat untuk semua......
10 Sep 10, 11:13
9w2yed: slamat hari raya buat pok nik sekeluarga x lupa jga untuk semua rakan2 Ham,maaf zahir dan batin..
6 Sep 10, 12:11
hhf: sebenarnya sabotaj dari kita nak pekena pada akrab tapi x tau plk org yg dengar blako ada dok monitar.kenapa kamu allah jadikan manusia alangkah baiknya allah jadikan kamu haiwan.kalau stakat anjing
6 Sep 10, 12:07
NMI>9w2pns: Semakan Menduduki RAE Siri Ke-2 2010 (RAE2010-3) di www.skmm.gov.my @ http://rae.skmm.gov.my/semak_2010_3.asp

6 Sep 10, 12:06
NMI>9w2pns: SELAMAT HARIRAYA kepada Anda Sekeluarga....

6 Sep 10, 12:48
9w2pns: Terima kasih atas informasi anda NMI. Salam Aidilfitri kepada semua...
5 Sep 10, 10:24
NMI: Eyeball Raya (Raya Ke-3) dirumah 9W2ARP-Abg Arman Lat/Long : 5 56'45.84" N dan 102 24'50.76"E
26 Ogos 10, 01:53
9W2PNS: Terima kasih kepada anda XXXXX. Allah tahu apa yang kita lakukan....semoga tidak bercanggah dengan alquran dan as-sunnah Rasullah. Allahhuakhbar....
25 Ogos 10, 10:16
PakNik: Salam, dapatkan Ebook percuma - 40 panduan buat wang http://mudah.digital-niaga.biz/

25 Ogos 10, 04:51
xxxxxxxx: pandai ckp jah lain x tau.stakak jaga sek hhf

27 September, 2010

List Repeater Terkini ASTRA di Kelantan dan Trengganu

List repeater ASTRA di kelantan . Diharap rakan-rakan HAM update dalam Blog dan maklumkan kepada rakan tentang pertukaran frekuensi baru

Repeater Bukit Marak 9WV347 145.6750-600 Tone 103.5
Repeater Bukit Panau 9M4RBP 145.7375-600 Tone 85.4
Repeater Kuala Krai 9M4RDE 146.8750-600 Tone 85.4
Repeater Jeli 9M4RDB 146.7750-600 Tone 85.4
Repeater G Musang 9M4RDF 146.8125-600 Tone 85.4
Repeater Bukit Bubuh 9M4RAC 146.6875-600 Tone 85.4

Terima Kasih Atas kerja sama

9w2dts
Pengerusi ASTRA Timur
73

18 September, 2010

Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih

Syukur alhamdulilah ALLAH dengar doa hambanya yang hina ini...Setiap hari, setiap masa...aku berdoa agar hubungan yang terputus kembali terjalin semula...tidak mahu bermasam muka dan tidak mahu seperti orang asing lagi...semuanya bagaikan impian menjadi realiti...hati aku sebak sangat bila dapat bersua muka dan bertegur sapa..


bukan aku jenis yang sombong tapi buat apa nak paksa orang melakukan benda yang tidak disukai..lebih baik berdiam diri dari memaksa...sekiranya hati dah bersedia untuk menerima dan mengambil jalan penyelesaian..haruslah aku menadah tangan tanda kesyukuran atas doa yang dimakbulkan itu....


hati kecil ini sering berkata-kata "napa semua ini terjadi",,,"napa semua ini berlaku pada diri aku" mungkin ALLAH nak tunjuk kepada aku bahawa tak semua benda yang kte hendak kite akan dapat...dan jangan sesekali memendam perasaan dendam pada sesiapa....setelah apa yang berlaku..sedikit benci,dendam tidak pernah aku simpan dalam hati..kerana aku yakin apa yang terjadi pasti ada hikmahnya dan ALLAH nak mengajar aku erti sabar...Kesabaran yang tidak pernah ada dalam diri aku,,kesabaran yang makin lama makin jauh aku buang...Kesabaran yang mampu membimbing umatnya...hanya kesabaran aku mampu menanganinya...

"Syukur alhamdulilah..I LOVE U ALLAH"


sebak didada masih lagi berbaki hingga kan tak tau macamne nak redakannya...walauapa pun yang berlaku...aku nak minta maaf pada semua yang pernah terasa hati dengan aku dan kepada sesiapa yang cuba untuk mempecahbelahkan hubungan aku dengan mana-mana pihak pun..aku terima..mungkin ada yang cemburu dan tak suke aku berbaik-baik dengan pihak-pihak tertentu...aku terima dengan rela hati...tetapi hubungan antara islam masih lagi ada sampai bila-bila kerana kita umatnya..kite amanahnya....


Maafkan aku kalau aku tak mampu berterus terang melafazkannya....kerana aku tak mahu menambahkan lagi kekeruhan yang ada,,,cukuplah kekeruhan yang aku alami selama ini...itu sudah cukup memadai bagi insan dan hambanya yang hina ini...
Bacalah Nasihat Ini, Dan Ambillah Faedah Yang Bisa Engkau Amalkan Untuk Menuju Ketenangan Hatimu :

* Sekiranya Manusia Sibuk Bersembang Biar Dirimu Sibuk Berdoa Kepada Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Bertikam Lidah Biar Dirimu Sibuk Menanam Ukhuwah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Tidak Beradab, Biar Dirimu Sibuk Berakhlak Beradab.
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencontohi Barat Biar Dirimu Sibuk Mencontohi Rasulullah Pemimpin Umat,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencaci Biar Dirimi Sibuk Menasihati,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menfitnah Biar Dirimu Sibuk Zikrullah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpat Biar Dirimu Sibuk Bicara Manfaat,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mencelah Biar Dirimu Sibuk Menjaga Maruah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menghukum Bidaah Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Bergaduh, Biar Dirimu Menyatukan Utk Berpadu,

* Sekiranya Manusia Sibuk Di Perhambakan Biar Dirimu Sibuk Jadi Hamba Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Membesarkan Pemimpinnya Biar Dirimu Sibuk Membesarkan Allah.
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Mengaut Harta Biar Dirimu Sibuk Mengaut Redha Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Bercinta Sesamanya Biar Dirimu Sibuk Mencintai Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Bermunajat Pada Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Agendanya Biar Dirimu Sibuk Merancang Dana Bertemu Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Saham Dunia Biar Dirimu Sibuk Dgn Saham Akhirah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Produk Diciptanya Biar Dirimu Fikirkan Yg Maha Mencipta,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Istana Rumahnya Biar Dirimu Sibuk Dgn Syurga Istana Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Masa Awal Ke Tempat Kerja Biar Dirimu Sibuk Menjaga Waktu Sembahyang Fardhu Yg Lima.

* Sekiranya Manusia Sibuk Menghadiri Majlis Kenamaan Biar Dirimu Sibuk Menghadiri Majlis Ilmuan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dengan Keramaian Biar Dirimu Sibuk Dgn Persiapan Bertemu Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengumpul Harta Biar Dirimu Sibuk Mengumpul Pahala,
* Sekiranya Manusia Sibuk Membersihkan Luaran Badan Biar Dirimu Sibuk Menyucikan Kerohanian.
* Sekiranya Manusia Sibuk Membeli Belah, Biar Dirimu Sibuk Beramal Ibadah Di Rumah Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Pandangan Manusia Biar Dirimu Sibuk Menjaga Pandangan Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Fikir Balik Kampung Halaman Biar Dirimu Sibuk Fikir Pulang Kerahmat Tuhan,
* Sekiranya manusia Sibuk Dengan Persiapan Aidil Fitri Biar Dirimu Sibuk Dengan Persiapan Bekalan Mati
* Sekiranya Manusia Sibuk Memuja Kecantikan Biar Dirimu Sibuk Memuji Keindahan Tuhan,
* Sekiranya Manusia Sibuk Dgn Banglonya Biar Dirimu Sibuk Ulang Alik Ke Rumah Allah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Mengidolakan Pemain Bola Biar Dirimu Sibuk Beridolakan Rasulullah,
* Sekiranya Manusia Sibuk Menjaga Hati Kekasihnya Biar Dirimu Sibuk Menjaga Hubunganmu Dgn Allah.


Ikhwahku,
“ Sekiranya manusia itu sibuk melakukan hal-hal yang tidak berfaedah yang tidak dilakukannya kerana mencapai redha dan ganjaran di sisi Allah,
nescaya apa yang dilakukannya itu tiada nilai disisi Allah,

Sebaliknya sekiranya manusia menyibukkan dirinya untuk melakukan sesuatu perkara yang baik pada pandangan syariat
Seperti ia ingin menyibukkan dirinya mencari keredhaan Allah dalam hal apa sahaja yang dilakukannya,
Maka ia ada nilai di sisi Allah dan bakal mendapat ganjaran di sisi Allah "

Sahabatku,
“ Rasanya tiada apa yang perlu kita sibukkan di dunia,
Melainkan kesibukan itu hanyalah layak untuk Allah S.W.T sahaja”

Ikhlas dariku buatmu yang bergelar sahabat mahupun ikhwahku !

Peringatan Untuk Semua


Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dgn manusia namun masih ramai lagi manusia yg lalai dan leka. Berkata anas bin malik r.a.,

"sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1.wahai anak adam! Berjalan di atas perutku. Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak
2.engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku
3.engkau ketawa d'atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis d'dalam perutku
4.engkau bergembira d'atas belakang ku, tetapi ingatlah!engkau akan bersedih d'dalam perutku
5.engkau mengumpul harta d'atas belakangku, tetapi ingat! Engkau tidak akan memilik walau secebis harta d'dalam perutku
6.engkau makan benda yang haram d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan d'makan oleh ulat dalam perutku
7.engkau angkuh d'atas d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku
8.engkau berlari dgn riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina
9.engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
10.engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini.
Ia datang tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya bukan sengaja lari, tetapi ingin menjaga hati
Agar sama2 menjaga diri, untuk hidup bahagia selepas mati

Saya tidak mahu melukakan siapa2
Juga taknak menimbulkan permusuhan
Andainya ajal menjemput terlebih awal
Harap tiada dendam yang berpanjangan

Andai bertemu jodoh, bertemu kita satu hari nanti
Andai tiada kesempatan, moga bertemu kita di syurga yang abadi

16 September, 2010