9W2PNS
Simplex V48 146.400 Radio Nostalgia.... Sepanjang Jalan Kenangan
28 September, 2020
Radio Amatur merentas zaman.....
Assalamualaikum...salam sejahtera.
Lama tak update blog ini Password pun ingat-ingat lupa...hahaha. Apa khabar peminat radio amatur? Tahniah bagi yang masih memilih hobi radio dan masih aktif sehingga ke hari ini. Kemana menghilangnya rakan-rakan radio yang dulunya sama-sama mengegarkan ruang udara dengan melontarkan audio sebagai pengerat salitulrahim. Dulu....meriah hobi ini. Repeater banyak didirikan di setiap daerah dan negeri. Tak kurang juga hubungan secara simplex menyerikan lagi hubungan melalui udara. Bagi yang mempunyai gajet yang power boleh menguasai hobi ini serata alam. Bagi yang punya gajet kurang... pancaran sekadar yang terdaya. Nak QSO dengan rakan jauh kena guna repeater. Nak berbual jauh lagi kenalah bertapak di repeater linking. Mmmm seronoknya waktu itu.
Pernah bersua rakan lama radio... bertanya khabar tentang hobi ini. Ada yang dah pencen. Radio dah jual atau diberikan kepada peminat baru. Katanya tak larat nak meneruskan hobi ini atas kekangan masa, usia dan tak kurang bersara atas faktor pengalaman pahit yang pernah dilalui. Rupa-rupanya tak ramai yang mampu bertahan lama dengan hobi ini...Yang dah jadi 'lanun' pun ada...hahaha. Biarlah....minat masing-masing kan.
Perkembangan teknologi juga mungkin melesukan hobi ini... Macam-macam ada aplikasi yang seakan-akan mengambil alih peranan radio amatur yang gah suatu ketika dahulu. Zello, Virtual walkie talkie, Whatapps, telegram, messenger dan banyak lagi memudahkan hubungan. Banyak komuniti berasaskan aplikasi ini wujud di alam maya. Ahhh di situ rupanya mereka. Mereka selesa di situ katanya.... Apapun keistimewaan radio amatur tetap mengagumkan saya. Kini saya masih tetap di samping radio kesayangan dan tetap onkan radio setiap hari walaupun tiada audio amatur yang kedengaran. Kenangan banjir 2014 menyebabkan hobi ini tetap terpahat di hati. Sehingga bila saya pun tak pasti...
05 Mei, 2018
PENGULANG / REPEATER
Anda boleh mempelajari sifat-sifat frekuensi,
iaitu cara ia bergerak. Ianya amat bebeza
antara FM dengan AM.
Pengulang adalah suatu peranti sebagai
perantara di antara dua stesyen untuk
berkomunikasi atau QSO walau pun
pada jarak yang jauh.
Pengulang biasanya digunakan bagi FM mode,
ini disebabkan sifat frekuensinya bergerak
dalam keadaan mendatar. Dengan kata lain
komunikasi yang berkesan dapat berlaku
dalam keadaan saling nampak diantara hujung
antena pemancar dengan hujung antena penerima.
Perlu diingatkan bentuk bumi kita adalah spera,
pada jarak lebih kurang 300 meter akan berlaku
lengkungan bumi. Buktinya anda dapat bayangkan
sendiri terhadap bangunan tinggi kenapa pada
jarak tertentu iannya tidak dapat di lihat.
contoh kedua cuba anda berada di tepi pantai
dan perhatikan pada ufuk lautan, tidakkah
terdapat satu garisan lengkung dan tidak
bergaris lurus.
Kesimpulannya pengulang biasanya di dirikan
di tempat yang tinggi dengan ini frekuensinya
dapat meliputi kawasan yang lebih luas. Walau
pun anda hanya menggunakan handy sahaja,
frekuensi yang anda pancar akan di terima
oleh pengulang dibahagian penerima dan
audio anda akan dihantar ke bahagian pemancar
pada pengulang tersebut dengan frekuensi yang
lebih tinggi nilainya.
16 April, 2017
Menaiktaraf Repeater 9M4RNK di Bukit Tembeling, Kuala Krai 14 & 16 April 2017
Alhamdulillah...program ke puncak Tembeling selamat belako dan berjaya...repeater di Bukit Tembeling beroperasi dengan baik dan di linking ke Dabong....semoga dapat dimanafaati oleh rakan ham semua...In Sha Allah dalam masa terdekat akan di link juga ke repeater di Bukit Kemahang...terima kasih kepada kru2 yang terlibat.
15 Februari, 2017
26 November, 2016
Langgan:
Catatan (Atom)