Bila Waktunya Perasaan Akan Menjadi Paling Rasional
Sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah berlaga bumi.
Jika aku harus menilai, aku nilai dengan adil. Dan kamu semua terlalu cetek bila sebut tentang keadilan. Sama-rata. Dan kamu mula menyentuh hak. Kemudian lain-lain lagi. Cuba, kalau kita pulangkan kedudukan adil itu pada tempat asalnya.
Iaitu pada diri sendiri.
Sebagai teman, kamu seratus kali ganda lebih baik dari dia. Tapi jika sebagai kekasih aku, dia seratus kali ganda lebih baik dari kamu. Sintom kebodohan akan jadi jelas, bila kamu tidak memagar, tidak membataskan, tidak awas dengan perbezaan emosi dan akal.
Sebab itu, sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah di bumi.
Dan aku lebih suka, menulis untuk diri sendiri. Ada hari yang aku akan duduk dan baca diam-diam, adakah aku menulis sesuatu yang sia-sia? Walaupun cuma untuk diri sendiri. Jika berlaku keadaan seperti itu, aku perlu cari, ada atau tidak manusia atau kewujudan apa pun yang mampu kasihankan aku lagi. Dan pegang tangan aku erat-erat.
Untuk mengakui sesuatu yang tidak akan diakui.
Untuk memiliki saksi, manusia juga punya kesetiaan pada kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan