12 November, 2009

Radio Philips AM/FM



Radio ini dibeli pada 15 Mac 1998 untuk menemani isteriku dihospital sempena kelahiran putera sulungku Nik Mohamad Syafiq Alimin. Alfatihah buat puteraku yang kini telah kembali ke Rahmatullah...

Radio Antik Cap Ayam



Satu lagi koleksi radioku...beli di Jalan Pasar KL. Tarikh tak ingat...

Handy Motorolla Talkabout pertamaku




Inilah Handy pertamaku. Dibeli pada 5 Jun 2003. Masa tu harganya RM 550.00 sepasang. Aku beli kat Jalan Pasar Kuala Lumpur. Aku ingat ke radio ni radio amatur tapi rupanya handy biasa yang digunakan oleh Pak Guard yang jaga sekolah. Tu la rakan-rakan kalau nak beli radio amatur tanya la dulu rakan-rakan lama. Masa tu aku tak kenal lagi mana-mana rakan ham. Pancaran tak la jauh, setakat 1 km boleh la. Frekuensi UHF. Tapi seronok juga bila ada handy ni... ada la sekali aku pergi ke KB. Masa tu aku dengar ada 2 orang hamba Allah sedang bercakap (mungkin pelancong dari Kedah). Aku pun cuba join tanya dari mana mereka datang... tapi sayang tetiba habis bateri...terputus la hubungan...kalau ada hamba Allah yang aku maksudkan tu terbaca cerita aku ni bolehla hubungi aku... Sekarang handy ni masih boleh digunakan.. tapi dah uzur... lihatlah bahagian antenanya kena balut tape.. kalau tidak nampaklah antena spring...

Radio Keluargaku Era 60 an



Inilah model radio keluargaku pada era 60-an. Kalau tak silap radio ni berjenama JVC Nivico. Menggunakan kuasa bateri 8 biji.Frekuensi radio ini bermula daripada MW dan SW1 hingga SW6. Masa kecil dulu aku suka dengar lagu "Dodoi si dodoi" dan " Penawar Rindu". Kalau aku dengar lagu tersebut pasti aku teringat radio ni dan kisah zaman kecil aku.

Sudut Kreatif




Pelbagai cara boleh digunakan untuk monitor atau memancar. Guna antena jalopy terus pada handy pun boleh...

11 November, 2009

BILA ANJING MENGELUH...

BILA ANJING MENGELUH...
Bismillahirahmannirahim..

Sekadar untuk berkongsi bersama.

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

KALAU MALAS KETAWA SENYUM PUN JADI LA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya,
'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

09 November, 2009

Lindungi Jejak Anda di Internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.
www.familiazam.com
Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.

Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.

Jangan senarai diri anda
www.familiazam.com
Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.

Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.

Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.

Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan jejak anda
www.familiazam.com
Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.

Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus!"

08 November, 2009

Beberapa buah khazanah radio milikku yang masih ada ...

Antara radioku yang masih ada walaupun dah tak berfungsi...kalau baiki mungkin ok lagi.... Banyak lagi radio antik aku yang belum aku jumpa dalam stor atau di simpan oleh ibu bapaku. Nanti kalau ada masa aku akan cari dan pamerkan sebagai kenangan di sini...


Radio aku yang terbaru... Panasonic.

Radio ni mempunyai gelombang FM , SW1 dan SW2. Aku beli sebelum raya Aidilfitri lalu. Mudah nak dengar azan berbuka puasa.....

Radio FM dan SW Sonilex



Radio Sunny



Radio JVC Gelombang MW ,SW dan FM



Radio Visco dan Red Lantern



Radio MW Red Lantern



Radio Philips



Radio Yang Banyak Meninggalkan Nostalgia Bagiku

Radio Philips Gelombang MW

Radio Lama Aku

Ni la radio pertama yang berjaya aku miliki pada tahun 1975. Tapi sayang radio ini hanya tinggal bodynya sahaja. Barang-barang kat dalam ntah dimana aku letak. Radio ni banyak meninggalkan nostalgia dalam hidupku. Masa tu harganya $15.00 (masa tu harga dalam $ dan bukannya RM). Nak dapatkan radio ni bukan senang. Aku kumpul duit sekolah yang mak aku bagi 10 sen satu hari ( 10 sen masa tu boleh beli sepinggan nasi). Bila cukup simpanan aku beli la radio ni kat kedai buku yang jual radio ni ( kedai buku Tuan Maidin). Radio ni guna bateri saizAA dua biji. Aku beli radio ni tanpa pengetahuan ayah aku . Kalau dia tahu siap la aku... Aku simpan radio ni dalam tempayan belakang Baloh padi ayah aku. (Baloh padi atau Tepas padi adalah tempat menyimpan padi yang telah diketam). Apabila nak dengar radio ni aku bawa radio ni ke sawah padi atau atas pokok Setar atau pokok Menseta(pokok manggis). Selain tu aku pernah bawa radio ni ke sekolah. Masa cikgu mengajar aku dengar guna fon telinga yang dibekalkan. Sambil tu aku pura-pura baca buku. Tapi akhirnya tertangkap juga. Ustaz Hamdan (masih ada lagi ke beliau??) lihat di telinga aku ada wayar putih. Dia sangkakan aku kurang pendengaran. Lalu beliau tanya aku... Mana aku dengar pertannyaanya kerana masa tu aku dok syok dengar lagu " Bujang bertemu Janda" nyanyian Ahmad Daud dan SA Aisyah.. Kawan-kawan aku apa lagi terus la cerita kat ustaz tu yang aku selalu bawa radio kat sekolah (mereka dengki la tu kerana mereka mana ada radio kecil macam aku...hehehe). Ustaz tu minta aku serahkan radio tu kepadanya. Aku bimbang takut kena rampas... tapi sporting juga ustaz tu.. dia minta nak dengar kejap... lepas tu dia bagi balik padaku... lega rasa hatiku.