05 Oktober, 2010

01 Oktober, 2010

Susah nak dapat ni



Kalau dapat, kayaaaaa ooooo

Peminat Radio SW

Hak aku menyatakan Perasaan Rasional aku

Bila Waktunya Perasaan Akan Menjadi Paling Rasional
Sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah berlaga bumi.


Jika aku harus menilai, aku nilai dengan adil. Dan kamu semua terlalu cetek bila sebut tentang keadilan. Sama-rata. Dan kamu mula menyentuh hak. Kemudian lain-lain lagi. Cuba, kalau kita pulangkan kedudukan adil itu pada tempat asalnya.


Iaitu pada diri sendiri.


Sebagai teman, kamu seratus kali ganda lebih baik dari dia. Tapi jika sebagai kekasih aku, dia seratus kali ganda lebih baik dari kamu. Sintom kebodohan akan jadi jelas, bila kamu tidak memagar, tidak membataskan, tidak awas dengan perbezaan emosi dan akal.


Sebab itu, sedih itu akan bertambah sedih. Pada detik air mata itu jatuh dan pecah di bumi.


Dan aku lebih suka, menulis untuk diri sendiri. Ada hari yang aku akan duduk dan baca diam-diam, adakah aku menulis sesuatu yang sia-sia? Walaupun cuma untuk diri sendiri. Jika berlaku keadaan seperti itu, aku perlu cari, ada atau tidak manusia atau kewujudan apa pun yang mampu kasihankan aku lagi. Dan pegang tangan aku erat-erat.


Untuk mengakui sesuatu yang tidak akan diakui.


Untuk memiliki saksi, manusia juga punya kesetiaan pada kebenaran.

Cakap yang berguna

Dua tiga puluh bulan yang lalu, aku sibuk bercakap.


Aku banyak bercakap.


Dua tiga puluh bulan kemudian, kamu akan dapati, aku masih orang yang sama.


Tapi tidak lagi bercakap bila keadaan itu tidak perlu bercakap.

Kalau bercakap, cakap yang benar saja......

Soalan yang dicari jawapan......

Aku tak tahu kamu. Tapi aku adalah jenis yang tak mudah menghormati orang tanpa alasan.


Aku susah menghormati orang jika aku nampak segala-galanya tentang dia. Nyawa-nyawa yang masih merayap-rayap pada zaman ini gemar terdedah. Mereka gemarkan pendedahan. Tak perlu sembunyi. Jangan pendam. Rugi! Gaya hidup begini punyai graviti yang kuat. Kerana ia menarik. Dedah dan semua yang lain melihat.


Seterusnya keseronokan kata-kata puji. Hasil dari kekejian.


Kita buat dosa dengan terbuka. Selamba lah tunjuk buah dada. Nanti dapat puji. Dada aku besar. Puting merah. Sedap hisap. Bangga. Bukan perempuan saja suka tunjuk dada. Bukan lelaki saja suka hisap dada. Kita saling suka antara satu sama lain. Kutukan aku relevan untuk kedua-dua jantina. Kita sangat sukakan dada ya? Tak ada masalah.


Masalahnya disini.


Kita suka juga buat kebaikan. Kita seksi, tapi bukan bermakna hati tak baik. Tapi ia juga perlulah terdedah. Perlu juga dilihat orang lain. Orang lain mesti nampak kebaikan kita. Itu masalahnya.


Cuba kamu cari, seorang dari ribuan teman kamu. Ciri-cirinya ialah kita tahu apa keburukan dia tapi tidak pernah nampak dia lakukan keburukan itu. Dan kita tak tahu satu kebaikan pun yang dia buat.


Aku percaya orang seperti itu barulah orang yang hidup dengan baik.