05 November, 2012

Perintang (Resistor)





Perintang ataupun resistor dalam Bahasa Inggeris adalah komponen yang memberi rintangan terhadap aliran arus dan menghasilkan voltan susut merentasinya. Dua jenis perintang yang selalu digunakan adalah perintang tetap dan perintang boleh laras (variable resistor). Gambar perintang tetap dan perintang boleh laras ditunjukkan di bawah.








 
Perintang merupakan komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Pemilihan perintang dipilih mengikut kesesuaian penggunaannya dalam litar. Apabila memilih perintang, empat perkara perlu dipertimbangkan.

  1. Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang.
  2. Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang.
  3. Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang.
  4. Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.
 


Perintang Tetap = jenis karbon & jenis berlilit dawai




Perintang Boleh laras



                                                               Simbol perintang

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Perintang boleh laras, juga dipanggil potentiometer mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah dari kosong sehingga maksimum mengikut nilainya. Nilai perintang diukur dalam unit ohm.
Perintang yang kecil, tidak cukup ruang untuk dicetak nilai rintangannya. Oleh itu, kod warna digunakan. Kebiasaannya terdapat empat jalur kod warna. Jalur pertama adalah nilai digit pertama, jalur kedua adalah nilai digit kedua, jalur ketiga adalah pekali dan nilai keempat adalah tolerance. Di bawah adalah kod warna perintang(resistor colour code).

 

Selain nilai rintangan, perintang juga perlu diambil kira pada kadaran watt nya. Kadaran watt adalah nilai watt maksimum yang boleh di tampung oleh perintang tersebut. Perintang yang kecil mempunyai kadaran 0.25W. Saiz perintang semakin besar apabila kadaran watt nya semakin tinggi.



4 ulasan:

Unknown berkata...

Tumpang tanya encik.. Perintang sya jenis green.black.silver.gold 0.5om hangus.. Boleh tak gunakan perintang jenis lain?boleh encik syorkan mana 1 boleh d gunakan.. Untuk power supply computer..

Tanpa Nama berkata...

3.CARA CARA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat merupakan kehidupan impian semua orang. Untuk mencapai impian tersebut, pengamalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Rakyat negara ini harus sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat.

Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan yang seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Makanan seperti nasi dan bijirin yang mengandungi kaborhidrat harus diambil dalam kuantiti yang banyak dan diutamakan kerana kaborhidrat dapat membekalkan tenaga untuk membolehkan kita menjalani pelbagai urusan kehidupan seharian. Pengambilan sayur dan buah-buahan yang banyak amat penting bagi membekalkan vitamin dan serat yang cukup kepada tubuh badan. Makanan yang mengandungi lemak,minyak,garam dan gula yang tinggi harus dielakkan. Hal ini demikian, makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes,darah tinggi, obesiti dan serangan jantung. Oleh itu, makanan yang seimbang dan sihat harus diutamakan dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dan sihat.

Seterusnya, melakukan aktiviti senaman dan beriadah ialah merupakan salah satu cara mengamalkan gaya hidup sihat. Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan beriadah boleh dilakukan sebanyak tiga kali seminggu bersama-sama keluarga dan rakan. Memang tidak dinafikan bahawa badan yang cergas dapat membina minda yang cerdas. Oleh itu,kita haruslah memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah seperti berjalan, berlari dan bermain yang dapat mengeluarkan peluh. Amalan senaman dan beriadah mampu melancarkan aliran darah, menguatkan urat saraf dan otot-otot badan serta peluh yang dapat menjamin kualiti kesihatan seseorang.

Di samping itu, pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres. Stres atau tekanan perasaan merupakan gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Sesorang individu yang mengalami stres perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan terganggu sehinggan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian. Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pendapat kaunselor, berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Stres yang dapt diuruskan dengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat.

Bagi menjamin kesihatan diri kita terjamin,kita hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital dan klinik secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya lima kali setahun bagi membolehkan penyakit yang tidak menunjukkan sindrom dapat dikesan lebih awal. Sebagai contohnya, penyakit berbahaya seperti kanser yang kita sedia maklum bahawa sukar diubati jika lambat diketahui. Bak kata pepatah "jangan sudah terhantuk baru tengadah". Oleh itu, dengan pertemuan secara berkala dengan doktor, rawatan susulan dapat dilakukan supaya kesihatan seseorang indidu terjamin.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan yang diimpikan. Sebenarnya, tiada istilah terlambat bagi setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian harus diamalkan bagi melahirkan masyarakat yang bebas penyakit.



m berkata...

err ...

m berkata...

pd smalam blapan thn kendian..