05 November, 2012

Perintang (Resistor)





Perintang ataupun resistor dalam Bahasa Inggeris adalah komponen yang memberi rintangan terhadap aliran arus dan menghasilkan voltan susut merentasinya. Dua jenis perintang yang selalu digunakan adalah perintang tetap dan perintang boleh laras (variable resistor). Gambar perintang tetap dan perintang boleh laras ditunjukkan di bawah.








 
Perintang merupakan komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Pemilihan perintang dipilih mengikut kesesuaian penggunaannya dalam litar. Apabila memilih perintang, empat perkara perlu dipertimbangkan.

  1. Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama ada dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang.
  2. Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang.
  3. Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang.
  4. Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat.
 


Perintang Tetap = jenis karbon & jenis berlilit dawai




Perintang Boleh laras



                                                               Simbol perintang

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah. Perintang boleh laras, juga dipanggil potentiometer mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah dari kosong sehingga maksimum mengikut nilainya. Nilai perintang diukur dalam unit ohm.
Perintang yang kecil, tidak cukup ruang untuk dicetak nilai rintangannya. Oleh itu, kod warna digunakan. Kebiasaannya terdapat empat jalur kod warna. Jalur pertama adalah nilai digit pertama, jalur kedua adalah nilai digit kedua, jalur ketiga adalah pekali dan nilai keempat adalah tolerance. Di bawah adalah kod warna perintang(resistor colour code).

 

Selain nilai rintangan, perintang juga perlu diambil kira pada kadaran watt nya. Kadaran watt adalah nilai watt maksimum yang boleh di tampung oleh perintang tersebut. Perintang yang kecil mempunyai kadaran 0.25W. Saiz perintang semakin besar apabila kadaran watt nya semakin tinggi.



1 ulasan:

Patrick Simon berkata...

Tumpang tanya encik.. Perintang sya jenis green.black.silver.gold 0.5om hangus.. Boleh tak gunakan perintang jenis lain?boleh encik syorkan mana 1 boleh d gunakan.. Untuk power supply computer..