19 Ogos, 2011

Lakit Dalam Kenangan

Pilu dan sendu apabila diberitahu oleh rakan dari GM 9w2DOS Pak Anis bahawa Perkhidmatan Repeater Lakit dihentikan mulai 17 Ogos bersamaan 17 Ramadhan 1432H. Frekuensi Lakit dipindahkan ke Bukit Gelugor. Banyak kenangan sebenarnya berkaitan dengan Lakit. Seingat aku.... 2007 Lakitlah penghubung utama rakan-rakan yang mobile di Lebuh Raya Gua Musang - Kuala Krai. Laluan sejauh 120 km ini sememangnya membutuhkan alat komunikasi yang mampu menghubungkan semua semasa kecemasan. Maka kerjasama semua rakan Radio Amatur yang diterajui ARECTMJ ketika itu telah berjaya mendirikan sebuah repeater yang berkuasa tinggi di puncak bukit Lakit. Rakan-rakan yang mobile di laluan GM-KK terasa lebih 'selamat' . Jika berlaku sebarang musaqah yang tidak diingini, maka dengan segera rakan-rakan HAM mengetahuinya dan dengan segera juga ke lokasi kejadian untuk membantu.
Jangkauan pancaran Repeater Lakit memang jauh. Terletak di lokasi bukit tinggi dan window yang strategik, Lakit mampu memancarkan signalnya sehingga ke Temerloh Pahang dan Dungun, Trengganu. Ini terbukti semasa check net sahur, rakan-rakan dari Temerloh (Abg Rizal) dan Kak Niza (Dungun) mampu memancar ke Lakit. Tidak lupa rakan-rakan lokalan dari hilir selalu mengunjungi Lakit. Rakan-rakan HAM dari Jeli, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Besut dapat trigger ke Lakit dengan 5W dengan menggunakan antenna base. Rakan yang mobile juga dapat memancar sehingga ke Kok Lanas atau Ketereh.
Aku masih ingat lagi, pada tahun 2008 aku pernah memancar di Kem Kijang menggunakan antenna V24 setinggi 20 kaki ke Lakit. Itulah kehebatan Lakit yang memberikan pancaran perkhidmatannya ke serata alam. Aku juga mengenali rakan Ham Gua Musang atau rakan-rakan luar lokalan Kuala Krai berbantukan repeater Lakit. Selain Lakit, komunikasi lain tidak dapat diharapkan kerana liputan telefon selular ketika itu amat lemah dan terhad.
(Bersambung).....

1 ulasan:

Persatuan Pengguna Radio Amatur Gua Musang berkata...

Memang Lakit bnyk memberi kenangan kepada semua rakan - rakan radio tidak kira di mana asalnya... :) InsyaAllah...Pok Nik, Repeater tu akan menyambung kembali tautan rakan - rakan di sebelah hilir dalam sedikit masa lagi. Tetapi bkn di Bukit Lakit la...mungkin di lokasi baru yg lebih sesuai.....kita nantikan kemunculannya....:)