18 September, 2010

Peringatan Untuk Semua


Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dgn manusia namun masih ramai lagi manusia yg lalai dan leka. Berkata anas bin malik r.a.,

"sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1.wahai anak adam! Berjalan di atas perutku. Tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak
2.engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku
3.engkau ketawa d'atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis d'dalam perutku
4.engkau bergembira d'atas belakang ku, tetapi ingatlah!engkau akan bersedih d'dalam perutku
5.engkau mengumpul harta d'atas belakangku, tetapi ingat! Engkau tidak akan memilik walau secebis harta d'dalam perutku
6.engkau makan benda yang haram d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan d'makan oleh ulat dalam perutku
7.engkau angkuh d'atas d'atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku
8.engkau berlari dgn riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina
9.engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
10.engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku

Kematian merupakan ketentuan yang pasti bagi setiap makhluk yang bernafas di muka bumi ciptaan Allah s.w.t ini.
Ia datang tanpa mengira waktu, tidak mengenal usia mahupun tempat, juga tidak mengira harta atau pangkat seseorang itu kerana sesungguhnya manusia itu hanyalah hamba yang dhaif di sisi Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Saya bukan sengaja lari, tetapi ingin menjaga hati
Agar sama2 menjaga diri, untuk hidup bahagia selepas mati

Saya tidak mahu melukakan siapa2
Juga taknak menimbulkan permusuhan
Andainya ajal menjemput terlebih awal
Harap tiada dendam yang berpanjangan

Andai bertemu jodoh, bertemu kita satu hari nanti
Andai tiada kesempatan, moga bertemu kita di syurga yang abadi

Tiada ulasan: