31 Mei, 2010
Menegur Secara Berhemah dan Berhikmah....
Cara yang terbaik untuk menegur sahabat anda adalah dengan cara yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W. Sekiranya kita ingin menegur sahabat yang melakukan kesalahan, tegurlah dengan berhemah dan berhikmah. Bersemukalah dengan mereka dengan cara yang sepatutnya agar segala kekusutan dapat diselesaikan dengan bijaksana dan dapat diterima dengan sebaiknya. Mulakan teguran dengan berselawat dan tegur dengan cara yang manis dan matang tanpa perasaan yang emosional. Juga janganlah menghentam mereka apabila anda pula ditegur kerana seseorang yang suka menghentam seseorang adalah seseorang yang diulit sifat hasad dalam diri. Apapun, sekiranya dia terus menghentam anda, biarkan dia terus dengan emosinya dan ketidakmatangannya itu. Mengalah adalah jalan yang terbaik kerana ianya adalah sifat seorang pemimpin. Untuk menjadi pemimpin yang hebat dan matang sama ada sebagai ketua keluarga atau masyarakat, tidak dapat tidak kita perlu menanam sifat mengalah dalam diri terhadap perkara-perkara yang remeh sebegini. Fikirkan dan renungkan…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan