20 Mac, 2010

Spesifikasi Antena VR-7A


Antena Jalopy yang cukup power. Antena jenis ni gain 6db. Boleh dijadikan antena base dengan membuat sedikit pengubahsuaian iaitu dengan memasang ground agar penerimaan dan pancaran lebih baik. Mempunyai 3 step dan 3 coil. Tapi awas jika anda TX telalu lama dengan high power, coil yang paling atas akan panas macam seterika. Saya dah alami sendiri kepanasannya. Selepas simplex dengan Ban Mawi ... Bachok ke Kuala Krai...+- 70km (masa tu repeater AKRAB belum wujud lagi), saya cuba pegang setiap coil antena. Dua coil dibahagian bawah tak le panas mana, lalu coil yang atas sekali saya test dengan mengenggam dengan tangan kanan. Terkejut beruk dibuatnya. Panas seakan-akan terkena solder iron. Melecur tangan dibuatnya. Saya cukup confident apabila TX dengan antena jenis ini. Setakat ni saya dah gunakan 3 batang antena VR-7A. Antena jenis lain tak leh nak lawan antena jenis ni. Rakan saya pernah menggunakan antena jenis ni untuk TX diCameron Highland ke repeater Local ASTRA Kuala Krai (146.875) dan dapat copy R5. Kelemahan antena jenis ni ialah mudah longgar bahagian sambungan (coil) apabila selalu terlanggar dahan kayu.Kelebihannya yang lain...bacaan VSWR terlalu rendah berbanding antena lain.

3 ulasan:

zaini 9w2vvo berkata...

terima kasih kerana berkongsi pengalaman menggunakan antena VR7A ini.Saya baru nak menggunakannya,harap prestasinya memberangsangkan,sebelum ini saya menggunakan antena Larson.

Unknown berkata...

ada org kata antena jenis nie bila bermobil mjd masalah lbh2 lg bila masuk parking shopping complex pengalaman anda mcmmana??? masih berfikir untuk membeli VR7 nie...

Unknown berkata...

DB MEMANG BESAR.....SAYA GUNA DIAMOND SG2000 DB5.0.....ANTENNA CANTIK TAPI PANJANG SANGAT..