Satu khabar sedih menyelubungi warga radio amatur Pantai Timur khususnya Warga PRAGA Gua Musang bahawa Sdr. Nazari bin Che Daud (9W2YEY) telah kembali keRahmatullah pagi ini (24 Februari 2010) jam 7.05 pagi di Hospital Kuala Krai. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh warga PRAGA.
Beliau diberitakan tidak sedarkan diri pagi kelmarin (23/2/2010) lebih kurang jam 10.15 pagi dan dimasukkan ke hospital Wad ICU Gua Musang. Memandangkan keadaan beliau yang tidak stabil akhirnya beliau dipindahkan ke Hospital Kuala Krai pada sebelah petangnya. Pada malam harinya, arwah dilapurkan sedar dan sempat berbual dengan XYLnya namun ALLAH lebih menyayangi beliau.Beliau pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakan pagi tadi.
Arwah sedang berucap dalam satu sessi anjuran Kelab PRAGA
..... AL-FATIHAH......
"Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan