24 Disember, 2010

Citizen Band - Jalur Rakyat

Radio Jalur Rakyat (citizen band, CB) merupakan penyiaran tanpa lesen yang disiarkan melalui frekuensi yang ditetapkan khusus untuk kegunaan ini. Frekuensi yang dibenarkan adalah 27MHz bagi pancaran HF dan 477MHz bagi pancaran UHF.

CB radio di kebanyakan negara adalah sistem radio jarak pendek komunikasi diantara individu-individu pada frekuensi daripada 40 saluran dalam 27MHz (11 meter band). CB radio adalah berbeza daripada FRS, GMRS, MURS atau amatur (ham) radio. Di kebanyakan negara, CB tidak memerlukan lesen dan tidak seperti radio amatur, mungkin boleh digunakan untuk perniagaan mahupun komunikasi peribadi. Seperti radio dua hala perkhidmatan lainnya, Citizens Band adalah saluran bersama oleh banyak pengguna. Hanya satu stesen boleh memancar pada suatu masa. Stesen lain harus mendengar dan menunggu bersama saluran yang sedia.

Seiring waktu, beberapa negara telah membuat perkhidmatan radio yang sama, dengan pelbagai keperluan untuk keizinan dan standard teknikal yang berbeza-beza. Meskipun mereka mungkin dikenali dengan nama lain, seperti General Radio Service di Kanada, mereka sering menggunakan frekuensi yang sama (26-28 MHz).

CB radio boleh mencapai hingga 4 atau 5 batu, bergantung kepada cuaca dan jenis medan di kawasan tersebut. Hal ini disebut "SHORT SKIP" tetapi isyarat mungkin boleh menjangkau lebih jauh dan ini dikenali sebagai "LONG SKIP".

Di Malaysia terdapat Unofficial Malaysia Boleh Citizen Band Radio Group yang memberi perkhidmatan untuk pendaftaran Callsign. Anda boleh melawati website bagi pendaftaran callsign di
http://my27mhz.blogspot.com/.
Monitoring Channel : 30 Frequency : 27.305 MHz Mode : USB

Saluran atau channel bagi CB Radio adalah seperti berikut:
SUSUNAN A
Frekuensi Jalur Rakyat HF

CH Frekuensi Jenis Kuasa puncak Lebar jalur Saluran simpanan
(MHz) modulasi (Watt) (kHz)
1. 26.965 AM 4 6
2. 26.975
3. 26.985
4. 27.005
5. 27.015 Bukan untuk digunakan
6. 27.025
7. 27.035
8. 27.055
9. 27.065 Kecemasan
10. 27.075
11. 27.085
12. 27.105
13. 27.115 USB/LSB 12 3
14. 27.125
15. 27.135
16. 27.155 LSB 12 3 Calling channel
17. 27.165 USB/LSB 12 3 Bukan untuk digunakan
18. 27.175 USB/LSB 12 3
19. 27.185
20. 27.205
21. 27.215 Bukan untuk digunakan
22. 27.225 USB/LSB 12 3
23. 27.235
24. 27.245
25. 27.255
26. 27.265
27. 27.275
28. 27.285
29. 27.295 USB/LSB 12 3 Saluran simpanan
30. 27.305 USB/LSB 12 3
31. 27.315
32. 27.325
33. 27.335
34. 27.345
35. 27.355
36. 27.365
37. 27.375
38. 27.385
39. 27.395
40. 27.405

SUSUNAN B
Frekuensi Jalur Rakyat UHF
Berikut senarai saluran (channel) bagi CB UHF. Kuasa puncak adalah sebanyak 0.5 Watt dan Lebar Jalur 12.5kHz.

1. 477.5125 14. 477.6750 27. 477.8375
2. 477.5250 15. 477.6875 28. 477.8500
3. 477.5375 16. 477.7000 29. 477.8625
4. 477.5500 17. 477.7125 30. 477.8750
5. 477.5625 18. 477.7250 31. 477.8875
6. 477.5750 19. 477.7375 32. 477.9000
7. 477.5875 20. 477.7500 33. 477.9125
8. 477.6000 21. 477.7625 34. 477.9250
9. 477.6125 22. 477.7750 35. 477.9375
10. 477.6250 23. 477.7875 36. 477.9500
11. 477.6375 24. 477.8000 37. 477.9625
12. 477.6500 25. 477.8125 38. 477.9750
13. 477.6625 26. 477.8250 39. 477.9875

Tiada ulasan: