08 April, 2010

Lanun

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Istilah lanun biasa digunakan untuk mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut.Sejarah awal
Peringkat awal, kegiatan lanun disamakan dengan kegiatan mengutip cukai kepada pemerintah di sepanjang Selat Melaka. Mereka berperanan sebagai perisik kepada kerajaan maritim. Peranan mereka juga sebagai 'kaki pukul' jika kapal-kapal enggan singgah dan tidak membayar cukai kepada kerajaan maritim.
Seorang laksamana Melaka misalnya mestilah seorang ahli pelayaran yang baik. Kapal nelayan dan lanun menjadi sumber maklumat terbaik kepada Laksamana dan Shahbandar.
Lanun terkini
Kini lanun lebih merupakan kumpulan perompak di laut yang menggunakan bot laju yang dapat menyelinap di hutan-hutan bakau dan muara sungai. Mereka akan membawa buluh galah sepanjang 10 meter atau lebih dan memanjat kapal tangki minyak mengunakan buluh galah tersebut.
Biasanya nakhoda kapal membawa wang tunai di dalam kapal mereka bagi membayar gaji kelasi kapal, bayaran sewa pelabuhan dan membeli barangan keperluan. Dollar Amerika yang mudah tunai di seluruh dunia digunakan ketika pembayaran.
Ada kalanya keseluruhan kapal dirompak dan dicat dengan warna yang berlainan. Mereka mempunyai rangkaian dan sindiket antarabangsa dan berhubung dengan pengedaran dadah dan senjata api. Macao dan Hong Kong pernah menjadi lokasi strategik rangkaian lanun-lanun ini.
Suku Iranun
Suku Lanun, atau Illanun atau Iranun ialah satu suku bangsa dari pulau-pulau di selatan Filipina. Pada asalnya bangsa ini merupakan pelayar yang cekap. Namun mulai abad ke-15, mereka terkenal sebagai perompak laut yang sering menangkap orang di pantai-pantai untuk dijual dan dijadikan hamba sahaya di Kesultanan Jolo

Tiada ulasan: