05 Januari, 2010

Radio Amatur dan anda

Peperiksaan radio amatur bukanlah untuk menyusahkan anda, sebenarnya ia mengajak saudara untuk mempersiapkan
diri untuk menghadapi cabaran yang akan timbul setelah anda menceburi dalam bidang radio amatur.Ingatlah pada
ungkapan amatur bermaksud baru atau perintis tapi pada hakikatnya amalan dan gerak kerja yang dilakukan oleh
pengamal radio amatur boleh di katogerikan sebagai suatu gerak kerja yang profesional.

Satu kes kehilangan kakitangan ukur di Brincang Gua Musang, Kelantan beberapa tahun lepas, badan-badan yang
terlibat dalam gerakan mencari tak mampu untuk berkomunikasi sesama mereka dengan menggunakan frekuensi radio
kerana kawasan bergunung ganang. Mujurlah ada rakan ham yang terlibat dalam operasi ini dan di bina repeater
bergerak maka dapatlah berkomunikasi diantara anggota yang terlibat dalam operasi tersebut. Pada hemat saya
teknik yang dilakukan oleh rakan kita itu adalah tindakan yang profesional bukannya amatur. Apa boleh buat amatur
adalah nama bagi kegiatan rakan ham dan ianya bukan menggambarkan setiusi sebenar kegiatan yang dilakukan oleh
rakan ham, apa kata kita sebut saja radio ham, elok juga rasanya.

Salah satu yang anda akan bertemu ialah kebocoran frekuensi semasa anda QSO. Apabila berlaku sedemikan
ianya akan menggangu chanel lain, dengan ini anda memerlukan asas elektrik dan elektronik untuk
menyelesaikannya.

Saya mengingatkan diri saya dan juga anda jangan sekali-kali menggangu frekuensi atau dengan kata lain menekan
ptt semasa rakan sedang QSO. Ini adalah perilaku yang tidak beretika. Pada hemat saya mungkin audio
yang didengar itu tidak secucuk dengan naluri kita, kita monitor lama-lama akan menjadi boring dengan
ini tercetus idea yang tak baik iaitu untuk menggangunya. Nasihat saya sekiranya setuasi begini berlaku
ada baiknya anda berpindah ke chanel lain atau tutup radio anda.

Ingatlah saudara bahawa denda yang menanti adalah sebanyak RM300,000.00 sekiranya didapati bersalah
menggangu frekuensi. Ada baiknya wang sebanyak itu dihadiahkan kepada persatuan radio amatur untuk
mendirikan repeater bagi kegunaan ramai. Satu repeater homebrew lebih kurang RM2000.00 kiralah
berapa unit repeater yang dapat didirikan dengan wang sejumlah itu.

Mungkin anda berpendapat MCMC tak dapat kesan gangguan yang anda lakukan itu. Sebenaryna pendapat anda
salah, setiap kegiatan pengamal radio amatur adalah dikawal selia oleh MCMC. Ingatlah badan pemantau itu mempunyai
peralatan terkini dan jika perlu mereka boleh kesan di mana gangguan sedang berlaku.

Satu perkara lagi ialah paging, walau pun dalam peraturan dibolehkan melakukannya semasa rakan
sedang QSO kadang kala paging boleh menganggu topik QSO rakan-rakan. Sekiranya tiada apa-apa kecemasan
atau perkara yang penting sangat elakkan dari berbuat demikian.Perbuatan tersebut lebih kurang sama dengan
rangkap yang berbunyi 'bercerai dibolehkan dalam islam tapi perbuatan ini sangat di benci disisi tuhan'. Maaf
ini adalah sekadar pendapat peribadi saya sahaja, sekiranya anda tidak bersetuju sila abaikannya.

Maafkan saya sekiranya artikal ini menjadi celoteh buat anda. Sepanjang saya bergiat dalam radio
amatur perkara-perkara tersebutlah yang sering berlaku dan menghantui rakan-rakan ham masa kini.

Tiada ulasan: