31 Oktober, 2009
Apa Itu Radio Amatur?
Radio Amatur atau ham radio merupakan sejenis hobi yang menggunakan radio untuk berkomunikasi samada dari rumah, dalam kenderaan mahupun di luar. Selain itu, hobi ini juga memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal tentang elektronik dan radio. Selain teori eksperimen turut dibuat, membolehkan kita mengembangkan lagi ilmu selain mencuba pelbagai jenis perkakasan lain (yang kadang kala melibatkan pengubahsuaian bahan terbuang) untuk dijadikan antenna dan sebagainya.Komunikasi melalui Radio Amatur tidak seperti penggunaan telefon bimbit kerana liputannya tidak terbatas kepada kawasan berpenduduk sahaja. Keupayaan radio amatur bergantung kepada antennanya dan juga jaluran (band) yang digunakan. Semakin tinggi antenna (atau semakin banyak elemen sesebuah antenna itu, semakin baik keupayaannya).Di dalam keadaan darurat seperti bencana alam, peranan radio amatur amat menonjol di dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contoh aplikasi radio amatur yang digunakan ketika bencana di Malaysia ialah ketika tragedi Highland Towers pada tanggal 11 Disember 1993 yang telah mengorbankan 48 nyawa, apabila MARES atau Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society tampil memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara lokasi runtuhan dengan hospital.Secara asasnya, terdapat 2 jenis komunikasi di dalam radio amatur iaitu secara simpleks dan satu lagi melalui pancar ulang. Simpleks (simplex) merupakan kaedah perhubungan radio secara point to point. Seakan menggunakan radio FRS seperti Motorola Talkabout. Pancar ulang atau repeater pula merupakan perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita. Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan menghantar semula audio ke tempat yang lain pada jarak yang lebih jauh.Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun muka alam seperti bukit dan gunung. Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang diperlukan. Di Malaysia hampir kesemua pancar ulang dimiliki oleh persatuan radio amatur seperti MARES, ASTRA, MARTS dan JASRA yang boleh dimanfatkan oleh ahlinya untuk berkomunikasi dengan rakan lain samada secara lokal mahupun transnasional (seluruh negara).Aktiviti Radio Amatur di seluruh dunia dipantau oleh sebuah badan yang dikenali sebagai ITU atau International Telecommunication Union. Di Malaysia, perkhidmatan Radio Amatur dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau juga dikenali sebagai MCMC. Seseorang yang ingin menjadi mengoperasikan perkakasan radio komunikasi amatur perlu terlebih dahulu menduduki peperiksaan amatur atau RAE (Radio Amateur Examination) yang dikelolakan oleh MCMC. Calon yang lulus akan dibenarkan untuk membuat permohonan untuk mengoperasikan perkakasan radio amatur dan diberikan 'callsign' atau ID pengenalan kita ketika berkomunikasi. Hanya selepas memperolehi AA atau Apparatus Assignment (penguntukan radas/lesen) dari MCMC, seseorang boleh mula berQSO atau berbual di dalam jaluran.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan