29 Jun, 2010

11 Jun, 2010

Experiment repeater Astra di Gunung Tembeling










Pada suatu hari yang cerah....9 Jun 2010, terasa teringin nak naik bukit. Lalu kusiapkan peralatan yang ada untuk kepuncak. Aku bertemankan Pak Lah sebagai pembantu. Sengaja aku tidak war-warkan kepada rakan lain kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Rasanya dengan kudrat aku berdua sudah memadai. Alhamdulillah... Jelopy kembara burukku mampu sampai kepuncak dengan selamat. Perjalanan dari Kuala Krai ke kaki Bukit Tembeling mengambil masa 40 minit. Sebelum kepuncak, kami singgah makan di Sungai Sam sambil mencari bekalan lain. Untuk sampai kepuncak kami menempoh beberapa cabaran bukit yang sangat curam dan pokok kayu tumbang. Bagaimanapun semuanya dapat diatasi dengan lancar.
Setibanya dipuncak, kami berehat sambil meninjau keadaan sekeliling. Sungguh cantik pemandangan dipuncak Bukit Tembeling. Pak Lah tidak sabar-sabar untuk membuat pancaran. Beliau asyik dengan handynya, dari satu siplek ke satu simplek chanel mencari rakan untuk audio check. Pemasangan peralatan dilakukan untuk ujian pemancaran. Antena F23H dinaikkan, Beberapa repeater dari luar Kelantan dapat dicapai dan diTX dengan kuasa 5W. Simplex dengan rakan dari jauh juga berjaya dilakukan. Kami berpuas hati dengan ujian pancaran pada hari tersebut. Selepas solat Zohor di puncak, kami menuruni Bukit Tembeling kerana bimbang hujan yang bakal turun akan menyukarkan perjalanan kami. InsyaAllah kami akan ke sana lagi untuk tugasan selanjutnya......

05 Jun, 2010

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua………

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini. dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan……………………………………