27 April, 2010

RAE siri kedua 2010

Kepada mana-mana rakan yang berminat untuk menduduki peperiksaan radio amatur siri kedua 2010 telah pun di buka sekarang.

Tarikh peperiksaan adalah 30 Jun 2010 jam 2.00 petang dan tarikh tutup permohonan pada 14 Mei 2010 jam 5.00 petang.

Peperiksaan akan di adakan serentak di semua zon.

Sekian dimaklumkan dan selamat mencuba.

Pandangan antena Yagi di udara

Antena Yagi yang powerrrrr.....

Penembak Tepat

Yagi 19db

14 April, 2010

Radio VHF Portable


Radio ini masih dibaikpulih. Sabar menunggu....

13 April, 2010

12 April, 2010

Thank You


Terima Kasih kepada pengunjung blok ini...

Dipole

10 April, 2010

Radio Transmitter

Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Setia Menunggu Buah Yang Tak Gugur


Aku ibarat motorsikal ini...... menunggu sampai bila rakan-rakan Ham Kuala Krai akan bersatu dibawah satu Kelab yang betul-betul bernaung dan diterajui oleh anak-anak Kuala Krai sendiri.....Apakan daya rakan-rakan krai sehingga kini masih belum terbuka mindanya untuk bersatu di bawah payung Satu kelab sendiri malah lebih rela bernaung dibawah kelab lain yang berpuluh-puluh km jauhnya dari daerah terpencil ini.....

Antena 5/8 Lamda

08 April, 2010

Cara Mengira Simplex Channel

Cara mengira simplex channel V16 SEHINGGA V47 Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.



V48 SEHINGGA V63Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).

Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nombor maka jika 3 nombor, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nombor.

Bahasa Melayu


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Lanun

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Istilah lanun biasa digunakan untuk mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut.Sejarah awal
Peringkat awal, kegiatan lanun disamakan dengan kegiatan mengutip cukai kepada pemerintah di sepanjang Selat Melaka. Mereka berperanan sebagai perisik kepada kerajaan maritim. Peranan mereka juga sebagai 'kaki pukul' jika kapal-kapal enggan singgah dan tidak membayar cukai kepada kerajaan maritim.
Seorang laksamana Melaka misalnya mestilah seorang ahli pelayaran yang baik. Kapal nelayan dan lanun menjadi sumber maklumat terbaik kepada Laksamana dan Shahbandar.
Lanun terkini
Kini lanun lebih merupakan kumpulan perompak di laut yang menggunakan bot laju yang dapat menyelinap di hutan-hutan bakau dan muara sungai. Mereka akan membawa buluh galah sepanjang 10 meter atau lebih dan memanjat kapal tangki minyak mengunakan buluh galah tersebut.
Biasanya nakhoda kapal membawa wang tunai di dalam kapal mereka bagi membayar gaji kelasi kapal, bayaran sewa pelabuhan dan membeli barangan keperluan. Dollar Amerika yang mudah tunai di seluruh dunia digunakan ketika pembayaran.
Ada kalanya keseluruhan kapal dirompak dan dicat dengan warna yang berlainan. Mereka mempunyai rangkaian dan sindiket antarabangsa dan berhubung dengan pengedaran dadah dan senjata api. Macao dan Hong Kong pernah menjadi lokasi strategik rangkaian lanun-lanun ini.
Suku Iranun
Suku Lanun, atau Illanun atau Iranun ialah satu suku bangsa dari pulau-pulau di selatan Filipina. Pada asalnya bangsa ini merupakan pelayar yang cekap. Namun mulai abad ke-15, mereka terkenal sebagai perompak laut yang sering menangkap orang di pantai-pantai untuk dijual dan dijadikan hamba sahaya di Kesultanan Jolo

02 April, 2010

Tingginya bukit ni

Repeater Homebrew....


Walaupun kelihatan simple namun repeater ini banyak berjasa kepada rakan-rakan ham.... menghubungkan sesama insan.

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286